Ahad, 30 Mac 2014
3 hari lalu satelit Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi
berkemungkinan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kira-kira
200 kilometer daripada barat daya tempat operasi misi mencari dan
menyelamat, lapor The Nation.
Sebelum itu ada penemuan 122 objek di Lautan Hindi
menjadi petunjuk baru kepada pasukan mencari pesawat MH370 yang disahkan
penerbangannya berakhir di kawasan laut berkenaan.
Datuk Seri Hishammuddin
Hussein berkata objek itu dicerap melalui satelit Agensi Pertahanan dan Angkasa
Airbus dari United Kingdom (UK). Katanya lagi objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 kilometer persegi itu terletak 2,357 kilometer dari Pearth, Australia. Objek-objek itu ada yang berwarna putih dan yang terpanjang adalah 23 meter.
Hampir semua aset pencarian ditumpu di lautan Hindi sehingga lautan Hindi yang sunyi sepi menjadi seperti medan perang dengan kehadiran kapal perang pelbagai negara.
Malangnya kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh
dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas
objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.
Wartawan
BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya
jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.Semalam, kapal
terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370
berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang
meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor
agensi berita rasmi China, Xinhua.
Soalannya bagaimana sampah boleh berada di lautan Hindi yang bukan laluan kapal?
Kita tertipu lagi dengan rumusan Datuk Seri Najib Razak.. "MH370 berakhir di lautan Hindi"
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan