Isu Memali - Tun Mahathir masih membisu pasal berbohong berada di China (bersama video)

Sabtu, 29 Mac 2014


Setakat ini masih belum ada sebarang komen daripada mulut Tun Mahathir pasal kenyataan Tun Musa Hitam berkenaan kedudukan Tun Mahathir semasa peristiwa Memali 19 November 1985.

Tun Musa Hitam dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu27 Mac lalu mendedahkan bahawa sebenarnya Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa peristiwa berkenaan bukannya di China sebagaimana yang dicatat dalam Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 lalu  adalah titik hitam dalam sejarah politik negara kita yang mengorbankan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain. Berpuluh-puluh pengikut Ustaz Ibrahim yang lain tercedera dan penahanan beratus-ratus orang kampung.

Sebahagian orang kampung dibebaskan dan 36 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Tun Musa Hitam pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dan Tun Mahathir adalah Perdana Menteri.



Video di atas adalah petikan pendedahan Tun Musa Hitam pasal kedudukan Tun Mahathir apabila disoal oleh moderator diskusi Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Kita masih menunggu jawapan daripada Tun Mahathir dan pada kebiasaannya Tun Mahathir tidak pernah tidak menjawab. Kita sangat kesal hampir 30 tahun kita diberikan maklumat yang palsu.

Ustaz Ibrahim Mahmud yang lebih dikenali Ibrahim Libya dalam ceramah dan kuliahnya bercakap soal syahid dan jihad, malah beliau telah membuktikan apa yang beliau cakap dan menjadi satu pedoman kepada mereka yang kemudian.

Sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Tun Musa Hitam menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

PAS telah memutuskan Ustaz Ibrahim Libya Syahid dan jenazah 14 mereka yang terkorban tidak dimatikan dan dikebumikan.




Isu memali menjadi perbahasan politik UMNO-PAS sampai kini. Kesan kepada mangsa memali boleh dilihat sehingga hari ini.


Akhbar masa itu memngambarkan bagaimana kejamnya sikap kerajaan Malaysia di bawah UMNO menghapus ajaran Islam.



Yang paling sedih Tun Mahathir boleh bercakap tentang Islam, tentang pembunuhan di negara lain seolah-olah dirinya seorang yang bersih dan murni...



Tapi sebenarnya ekornya mengelumang dengan tahi!!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

kasian org d kg memali. menjadi mangsa kekejaman mahathir. walaupun dah 30 tahun berlalu tapi masi d ingat sampai skrg. bangkit lah wahai rakyat malaysia. tolak lah UMNOngok ni. umno lebih kejam dari apa yang kita fikirkan. walau pun waris mangsa pembunuhan kejam memali telah bawak isu ini ke mahkamah, terapi mahkamah diam membisu. isu ini tak pernah pun di di hujahkan di mahkamah walau seminit. sedih n pilu tgok mangsa memali. darah yang mengalir keluar dari jasad masih suam walau pun dah berjam jam nyawa melayang. semuga ruh arwah ustat ibrahim n rakan yang lain tergolong dalam mati syahid n kekal di syurgaNYA.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan