Mungkinkah Serangan Siber Dari China ke atas Malaysia??

Rabu, 26 Mac 2014


Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong".

Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.

Rakyat China menerima berita pengumuman DS Najib sangat berbeza, malah wartawan China yang ada di Malaysia dilihat turut menangis malah "meraung" atas apa yang dikhabarkan.

Sudah pasti mungkin ada cybertropper China yang "bengang" dengan perkara ini akan menyerang websites Malaysia.

Majlis Keselamatan Angkasa dan Siber, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri tidak menolak akan berlaku serangan siber daripada rakyat China atas perkembangan terbaru tragedi MH370.

Maklumat ini juga bersumberkan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Mana-mana laman atau website Malaysia harus meningkatkan keupayaan firewall dan security. Walaupun ini adalah kemungkinan tetapi berjaga-jaga adalah lebih baik.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan