Rupanya bukan MH370 sahaja yang hilang

Sabtu, 15 Mac 2014


Rupanya bukan MH370 sahaja yang hilang yang memerlukan bantuan polis dan polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar berkenaan dalam proses mencari.

Saya rasa dalam keadaan kita terlalu banyak baca cerita-cerita berkenaan MH370 baik kita ikut cerita benar AFP di bawah.


Samseng buang kemaluan

Middlesbrough: Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya di sini oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital.

Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu.

Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka.

Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan.


Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan.


Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu.

Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong.

Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha.

Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya.

Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu.

Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.- AFP


1 comments:

vmc master berkata...

This Is What Women Really Want !!
KLIK HERE !!

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan