Orang Cina Masih Menghukum UMNO/BN Di Kajang??

Isnin, 3 Mac 2014

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor kerana menghormati konsep perkongsian kuasa, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata meskipun menerima desakan supaya meletakkan calon Melayu di kawasan itu namun BN tetap menghormati konsep yang menjadi pegangan BN selama ini.

Kedudukan BN cukup tertekan, kerana pengundi Cina masih lagi menghukum UMNO/BN atas apa yang berlaku sebelum ini. Yang menjadi mangsa atas dendam ini ialah MCA.

Apa pun yang dibuat oleh MCA tidak menjanjikan pulangan yang baik, masyarakat Cina lebih selesa menyokong Pakatan Rakyat.



Ceramah Chew Mei Fun dan beberapa kepimpinan utama MCA di Bukit Angkat 1 Mac 2014 lalu tidak mendapat sambutan yang mengalakkan.



Adakah fenomena ini berterusan sehingga hari mengundi? Mengikut pendapat secara rambang daripada penduduk setempat kawasan dun Kajang rata-rata mereka marahkan UMNO dan ini tidak langsung akan tidak memberikan undi kepada MCA.


Tinjuan lain juga menunjukkan perkara yang sama, DS Anwar Ibrahim boleh lega bagi pengundi Cina, hanya kena berwaspada dengan pengundi Melayu.


UMNO/BN kena buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Pandai buat pandailah merasa!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan