6 Faktor Objek 24 Meter Adalah Serpihan MH370 Kata Kapten Nik Ahmad

Jumaat, 21 Mac 2014


Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain telah tampil dalam temubual bersama pemberita TV3 malam tadi telah sempat memberikan ungkapan “Inilah dia” yang menunjukkan keyakinannya terhadap penemuan petunjuk baru 2 serpihan yang disebut sebagai objek 24 meter.

Kapten Nik Ahmad juga telah memberi enam sebab utama mengapa dia menyatakan keyakinan terhadap objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian serpihan pesawat MH370.



1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen. Ini berbeza dengan Malaysia, DS Najib tdak berbuat demikian dan maklumat solah-olah disembunyikan.

Malah taklimat tertutup hanya diberikan kepada MP Barisan Nasional seolah-olah ada diskriminasi antara MP Kerajaan dan Pembangkang. Jelas sekali Malaysia tidak profesional dalam hal ini.

2. Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti peta, koordinat dan dimensi panjang objek.

Tidak seperti tentera Malaysia hanya menunjukkan ada kesan radar berpatah balik dengn titik hitam tetapi tidak menunjukkn satu bukti kukuh. Malah Jet perjuang Malaysia tidak mendekati objek berkenaan dan jika itu musuh sudah pasti Malaysia telah diceroboh dengan mudah. Saya telah menulis hal ini dengan tajuk mana pergi jet perjuang Malaysia? ( sila rujuk di sini).

3. Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.

4. Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.

5. Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info “kemungkinan”.

6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan