Kajang Move tidak menyelesaikan masalah PKR??

Jumaat, 28 Mac 2014


Pilihan Raya Kecil Kajang telah selesai tapi 'perang' dalaman PKR masih lagi tidak reda. Perletakkan jawatan oleh Chin Cheh dan keputusan PKR meletakkan Anwar yang juga ketua umum parti itu pada peringkat awal sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang kemudiannya digantikan oleh isterinya Wan Azizah sebelum ini juga turut dikaitkan dengan usaha parti itu untuk menukar Menteri Besar Selangor.

Pasal itu tidak hairan dalam masa perletakkan jawatan Chin Cheh sehingga keputusan penghakiman Anwar Ibrahim banyak sangat kita dengar kelemahan TS Khalid Ibrahim didedahkan, sehingga ada dikalangan Pakatan Rakyat merasa tidak selesa dengan keadaan ini.

Apa nama tindakan ini samada "Kajang Move" atau ‘Langkah Kajang’ tapi intipatinya adalah menyelesaikan masalah dalaman PKR antara TS Khalid Ibrahim dengan DS Anwar Ibrahim. Saya tak nampak masalah TS Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali (walaupun itu pun masalah juga) tapi saya lebih nampak masalahnya dengan Anwar Ibrahim sendiri sehingga Anwar banyak kali membuat teguran secara terbuka kepada TS Khalid.

TS Khalid Ibrahim dilihat tidak mempunyai sebarang masalah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah dia bekerja keras dan dikatakan memberikan sumbangan besar kepada kemenangan Selangor oleh PR pada PRU13.

Masalahnya TS Khalid tidak mengikut arahan parti. Dia berkerja sendiri dengan caranya dan orang-orangnya. Tak hairan jika Azmin Ali dipecat malah pemecatan 22 orang sebelum ini pun dikatakan untuk menyelamatkan wang Selangor.

Bayangkan satu syarikat bermodalkan 750 juta hanya untung 3 juta dan kehilangan untung ini dilihat TS Khalid adalah merugikan negeri Selangor.

Anwar Ibrahim dan beberapa orang perancangan 'kajang move' melihat perkara ini tidak baik untuk masa depan Pakatan Rakyat terutamanya parti Keadilan Rakyat sendiri. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengerakkan parti ke Putrajaya nak tak nak TS Khalid mesti diganti dengan orang lain sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dalam isu ini 'seperti' tidak setuju pengantian Menteri Besar dan banyak kenyataan tentang pertukaran Menteri Besar oleh kepimpinan utama PAS hendaklan dibincang selepas PRK Kajang.

Malah sehari sebelum Chin Chen meletak jawatan Presdien PAS diwakili oleh Dr Samsuri (pakar penerbangan) dalam pertemuan dengan PKR telah menyatakan tidak setuju berkenaan dengan pertukaran Meneri Besar.

Pengantian Menteri Besar Selangor yang diusahakan oleh peranangan PKR juga sebenarnya menghadapi masalah kerana perkenaan Sultan. Rasanya nama seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohd Sabu dan Khalid Samad adalah nama yang tidak boleh disebut dihadapan sultan.

TS Khalid Ibrahim juga bermasalah dengan PAS Selangor. Sekadar hanya satu GLC yang tak ternama diberikan dan PAS sebenarnya semacam tak dipandang pun dalam penentuan hala tuju Selangor. Siapa yan menguasai berpuluh-puluh GLC di Selangor?? Pembaca oleh cari sendiri.

PAS mungkin banyak mendapat manafaat atas perlantikan penghulu kerana ini dilepaskan oleh TS Khalid. GLC masih lagi dibawah kawalan beliau. Kawasan-kawasan PKR pun ada banyak penghulunya dikalangan PAS kerana penghulu memerlukan orang yang berwibawa dan dipandang tinggi masyarakat setempat. Tapi apalah kuasa penghulu yang nak dibanggakan oleh PAS??

Selangor tidak seperti Pulau Pinang atau Kelantan yang didominan oleh satu parti tetapi di Selangor ketiga-tiga parti mempunyai kekuatan hampir sama yang dilebihi oleh DAP.

Oleh itu sepatutnya tak ada parti yang mengatakan ini negeri aku punya..

Kajang move nak perubahan kerana nak tawan Putrajaya... Kalau tidak ada perubahan, kita membuang masa dan tenaga kerana banyak sumber-sumber kewangan dan tenaga yang digunakan untuk menjayakan 'langkah Kajang' ini. Kalau tidak ada apa-apa perubahan yang ‘significant’ kita diperbodohkan dengan tidakan kita sendiri.

Saya percaya Anwar Ibrahim dalam masa terdekat akan menggunakan kesepakatan Pakatan Rakyat untuk mendesak TS Khalid Ibrahim mengundur daripada Menteri Besar Selangor.

Kalau ini terjadi, sepatutnya Anwar dari dulu lagi menggunakan kesepakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP untuk menyelesaiakan isu ini tak perlu minta Chin Chen letak jawatan!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan