Rabu, 19 Mac 2014
PRK Kajang disebabkan perletakan jawatan Chin Cheh dan memberikan peluang untuk Anwar Ibrahim bertanding atas strategi yang disebut "Kajang Move". Saya rasa tak perlu saya ulas panjang kerana ini telah diterang secara panjang lebar sehingga menitis air mata oleh Rafizi Ramli. Malah pakar strategik PAS Dr Zulkifli pun ada menulis walaupun tak tamat tulisannya atas sebab-sebab tertentu.
Saya difahamkan Rafizi, Saifudin Nusation dan Rahim adalah perancang utama perkara ini dan perbincangan secara serius telah dibuat oleh pihak PKR dan keputusan ini telah dimaklumkan kepada PAS melalui wakil Presiden Dr Samsuri, Pakar Penebangan (maklumat baru) sehari sebelum Chin Chen letak jawatan dan kepada DAP selepas itu.Tak hairan Lim Guan Eng dan Iskadar Samad tak mengetahui.
Saya pun tak nak bincang perkara dalaman ini secara serius. Saya sekadar nak sentuh bila kita merancang sesuatu mesti kita ada beberapa plan jika rancangan ini tidak mengikut apa yang dirancang. Kalau tak bodohlah kita!
Pendek cerita, Anwar Ibrahim tak boleh bertanding dan memang sah tak boleh jadi Menteri Besar Selangor mengantikan Khalid Ibrahim kerana didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful.
Malangnya semasa kita nak gantikan Anwar dengan Khalid, kita robek-robekkan Khalid dengan pelbagai kelemahan sehingga yang tersembunyi dimata UMNO pun terdedah. Ramai golongan intektual merasa 'bosang' dengan sikap kita yang memperlekehkan kepimpinan kita sendiri.
Khalid mungkin kekal sebagai Menteri Besar, tapi dia telah calar dan robek dengan serangan pelbagai kelemahan oleh kita sendiri. Malah Pakatan Rakyat menjadi goyah apabila PAS lebih pro kepada Khalid dan semua ini dilihat oleh rakyat Selangor kerana mereka bukannya orang yang "buta".
PRK Kajang tetap berlansung pada 23 Mac 2014 ini. "Kajang Move" sepatutnya tidak terhenti jika itu adalah rancangan dengan air mata..
Tapi malangnya sepanjang apa yang saya lihat Dr Wan Azizah seolah-olah keseorangan dalam meneruskan plan B (jika ada) dalam episod terakhir "Kajang Move". Dibantu oleh satu pasukan yang kecil, malah Dr Wan Azizah seolah-olah dibuli. Begitu juga dengan Nurul Izzah (gambar Nurul dibuli penjaja).
Saya tak nampak perancang utama menjalankan misi dan visi Kajang Move seolah-olah Kajang Move hanya untuk Anwar sahaja. Jika begitu lemahlah perancangan awal sedangkan semua orang tahu pembicaraan kes liwat Anwar akan diadakan dan kita sudah tentu membaca perancangan UMNO @ BN untuk keputusannya.
Malah batang hidung 3 orang perancang utama jarang dijumpai.
Kelemahan jentera Pakatan Rakyat sudah nampak, Presiden PAS semalam telah membuat teguran kepada jentera parti PAS agar lebih menonjol. Pembaca politik faham teguran Presiden PAS juga adalah simbolik kepada teguran jentera PKR yang sangat lesu.
Bantuan yang lebih agresif harus dilakukan agar PRK Kajang kita boleh menghilangkan wang pertaruhan BN sebagaimana di sarankan oleh Lim Kit Siang pada Konvesyen PR baru-baru ini.
Setpoi DS Anwar Ibrahim, Abdul Rahman pun tidak aktif menghantar dan merancangan pergerakan Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR seperti pilihan raya sebelum ini. Edaran pergerakan lawatan ceramah, lawatan bilik gerakan, ceramah berkelompok dan perancangan pilihanraya pun tak nampak.. mungkin tidak ada. Kenapa???
Jika sesuatu berlaku dalam PRK Kajang jangan salahkan sesiapa salahkan diri sendiri. Benarlah kata-kata Lim Kit Siang jika kita kalah bukan kerana UMNO @ BN kuat tetapi kerana kita sendiri yang berkelompok.
Masa ada 4 hari lagi untuk PKR membetulkan perkara ini dan mengumpul semula kepimpinannya terutama PKR sendiri dalam satu saf yang 'lurus'.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan