Kata-kata "Biasalah konsert PR.. tidak ada yang mati kerana dadah.. konsert tajaan UMNO oleh anak tokay MYDIN .. 6 org mati kerana dadah.." Itu kata-kata yang dibangkitkan kepada saya apabila saya bertanyakan pasal konsert bintang rock Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang semalam.
Jawapan ini sebenar hampir dan menepati sama apabila ditanya tentang konsert rock pada Muktamar PAS yang lalu. Ini adalah untuk dakwah. Kita mula dengan solat jamaah dan tazkirah daripada Ustaz Abu Bakar Chik.. itu kata-kata nak menghalalkan perbuatan yang sudah pasti kalau dibahas tidak banyak mendatangkan manafaat.
Saya teringat tulisan Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri dalam kitab "Ar-Raheeq Al-Maktum" (sirah Nabawiyyah) pemenang Sayembara Penulisan sirah 1979 yang menyebut bahawa masyarakat Arab Jahiliyyah bersifat pemurah dengan amalan pejudian dan minum arak.
Sifat pemurah ini telah digambar bagaimana fakir dan miskin mendapat bantuan daripada hasil keuntungan pejudian dan lebihan sumbangan pemenang judi.
Oleh kerana itu al Quran tidak menolak bahawa arak dan judi itu ada kebaikannya tetapi al Quran menyebut:-
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada kedua-duanya adalah dosa besar dan ada pula beberapa manafaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manafaatnya..." (Al Baqarah ayat 219)
Begitu juga dengan ayat 11 Surah al Jumuat:-
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: "Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Allah menyebut yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada barang dagangan dan hiburan. Wala' dan tekat kepada perjalanan dakwah yang lurus itu adalah lebih baik.
Kalau orang berhujah mengatakan konsert penting untuk dakwah bagi Pakatan Rakyat, saya lebih suka katakan "bala"nya lebih besar daripada keuntungan politik!
Jangan membenarkan kata-kata UMNO PAS sudah lari daripada matlamat asalnya. Oleh itu Pakatan Rakyat juga harus berada pada landasan yang sama.
Tulisan ini merujuk kepada berita di bawah:-
Bintang rock gegar pentas ceramah Pakatan
Ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang semalam
menampilkan lima penyanyi rock tahun 90-an sebagai daya tarikan utama
pengunjung.
Bertindak sebagai pengacara majlis dan pembuka acara tidak lain dan tidak bukan adalah Blank dari kumpulan Gamma atau nama sebenarnya Rusli Mohd Shariff.
Blank yang kini berusia 59 tahun dan merupakan seorang ketua kampung di Batu Arang, Selangor menghiburkan pendengar ceramah dengan lagu popular Gamma iaitu 'Kembang Terhalang'.
Persembahan malam tadi yang bermula sekitar jam 10.30 kemudian diteruskan oleh Ayie dari kumpulan Leon yang mendendangkan lagu popular Leon 'Saling Merindu'.
Ayie mencuri perhatian kira-kira 500 pendengar ceramah apabila tampil berambut panjang dengan memakai jaket kulit, serta seluar jeans ketat dan singlet celoreng - saling tak tumpah seperti gayanya sewaktu zaman kegemilangan mereka pada tahun 90-an.
Sekitar jam 11.00 malam, pentas ceramah 'dipulangkan' semula kepada ahli politik.
Exco Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim tampil berceramah bersama MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Salor dari Kelantan, Datuk Husam Musa.
'Penawar' undi Kak Wan
Husam dalam ceramahnya menggesa agar pengundi Kajang mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai 'ubat' kepada 'ketidakadilan' dalam keputusan Liwat II.
"Kalau anda mengundi Kak Wan (nama mesra Wan Aziah), itu kan satu penawar, satu ubat untuk kita semua," katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan bersalah meliwat bekas pembantunya dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun jika rayuannya gagal kelak.
Keputusan itu menghalang beliau daripada bertanding di Kajang bagi memberi laluan untuk beliau menjadi menteri besar Selangor.
Turut bercakap pada ceramah malam tadi adalah ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng MP Batu serta bekas MP, Datuk Tamrin Ghafar Baba.
Ceramah kemudian ditutup dengan kemunculan tiga lagi penyanyi rock 90-an - Isa dari kumpulan Handy Black, Yazid dari kumpulan Sejati, dan Isa dari kumpulan Graviti.
Ceramah pada malam tadi diadakan pada tapak sama dengan Karnival Selangorku anjuran kerajaan negeri Selangor.
Berbagai gerai jualan dan acara dibuka di dalam stadium bermula pada 7 Mac lalu sehingga 22 Mac ini.

0 comments:
Catat Ulasan