PRK Kajang terjejas dengan pengumuman Khalid tanding Timbalan?

Ahad, 2 Mac 2014


Bila Tan Sri Khalid Ibrahim mengumum akan bertanding jawatan Timbalan Presiden lawan Azmin Ali ada yang kata pengumuman ini akan menjejas jentera pilihan Pakatan Rakyat di Kajang dan akan memberikan laluan sukar kepada Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah PRK Kajang bagi PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan terkilan dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan lebih awal untuk bertanding jawatan timbalan presiden  parti itu.

Jika diteliti semasa Anwar bertanding di Dun Kajang, pengumuman untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Sleangor juga dikatakan terlalu awal, sedangkan batang tubuh Khalid Ibrahim masih ada dan menerajui Selangor dengan baik.

Kenyataan TSKI tidak bijak politik dan perlu sokongan dan dorongan juga adalah terlalau awal tetapi tak banyak kepimpinan PKR menegur. Malah dalam ceramah dan kenyataan Rasmi Shamsul Mohd Akin dengan jelas menyebut tentang Anwar akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor, walaupun Anwar dalam kenyataan terbuka (bukan tertutup) menafikannya.

Pengumunan awal tentang merebut jawatan Timbalan Presiden oleh TSKI adalah dilihat "bijak politik" menolak anggapan tan tohmahan bahawa TSKI orang ekonomi dan tak begitu bijak berpolitik.

Sekurang-kurang TSKI jujur menyatakan hasrat dan pandangannya tentang masa depan Parti Keadilan. Parti Keadilan memerlukan orang yang jujur dalam politik.

Kenyataan ini djuga dilihat oleh sesetengah pemerhati politik sebagai tindakan menekan kepada Anwar Ibrahim dalam pemilihan siapa yang bakai menjadi Timbalannya nanti jika Anwar mengambil alih Presiden PKR.

Kenyataan Dr Wan Azizah sebelum ini yang memberikan ruang kepada ahli menentukan dianggap sebagai "greenlight" untuk TSKI melawan Azmin Ali.

Tulisan ini adalah merujuk kepada berita Sinar Harian:-

Terkilan Khalid umum awal

SHAH ALAM - Timbalan Pengarah PRK Kajang bagi PKR, Zuraida Kamaruddin terkilan dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan lebih awal untuk bertanding jawatan timbalan presiden  parti itu.

Katanya, beliau tiada halangan jika Abdul Khalid mahu bertanding, tetapi merasakan waktu beliau mengumumkan hasratnya itu tidak kena pada masanya memandangkan isu PRK Kajang sedang hangat.


“Soal bertanding tiada masalah, kerana kita amalkan demokrasi, tapi kita terkilan sebab pengumumannya dibuat terlalu awal.


“Kalau boleh, beliau sepatutnya umum bertanding selepas habis PRK. Kita tidak mahu jejaskan proses kempen,” kata beliau semalam.


 Bagaimanapun, katanya, beliau mengharapkan Abdul Khalid tetap menumpukan tanggungjawabnya selaku Ketua Pengarah PRK Kajang dan bekerjasama dengan jentera parti.


“Biarpun beliau umum mahu bertanding, tapi tugas beliau mesti jalankan dengan penuh tanggungjawab untuk kita capai kemenangan.


“Kalau mahu kata terjejas gerak kerja jentera kerana pengumuman Abdul Khalid, rasanya tidak. Jentera parti dari setiap pelosok sudah pun mula membantu kita untuk berkempen di sini,” katanya.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan