Anwar Nafi Wujud Silap Faham Antara Parti Pakatan

Sabtu, 19 Disember 2009

Pemilihan Ahli Majlis Tempatan dimainkan meraka yang tidak memperolhi jawatan. Dengkin dan irihati. - Nabila

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud silap faham antara parti pakatan pembangkang berhubung isu pemilihan anggota majlis tempatan.

Menafikan dakwaan bahawa PAS dan DAP tidak bersetuju dengan isu berkenaan, beliau berkata mesyuarat selama tiga jam hari ini membincangkan butiran mengenai konvensyen parti pakatan yang akan diadakan di Shah Alam pada Ahad dan isu-isu perbincangan.

"Tidak betul (untuk menyatakan wujud silap faham antara parti pakatan). Saya tidak tahu bagaimana timbul dakwaan wujud jurang perbezaan pendapat yang besar antara kami.

"Contohnya pada hari ini, kami fokus kepada mukadimah dan isu pemilihan majlis tempatan merupakan perkara uang dibincangkan pada mesyuarat lepas," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa teknikal parti pakatan.

"Tetapi anda tahu kedudukan setiap parti, seperti Islam pastinya PAS mempunyai lebih kekuatan manakala pendidikan Cina, DAP pula memiliki kelebihan.

"Jadi, kami akan mencari satu formula supaya ia menjadi satu polisi yang jelas," katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan