Messi dinobat Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009

Selasa, 22 Disember 2009

Bolasepak Malaysia ke mana? Duit sahaja habis, habuk tak ada. - Nabila

ZURICH (Switzerland): Penyerang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2009 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), awal pagi ini.

Messi mengalahkan saingan terdekatnya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid selepas dipilih oleh kapten dan jurulatih daripada semua pasukan kebangsaan untuk anugerah paling berprestij itu.

Messi menjadi pemain tulang belakang yang paling berjaya bersama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, kini sudah mengumpul lima trofi, termasuk membantu Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Kelab Dunia, minggu lalu.

Bakat pemain Argentina itu diangkat terutama awal bulan ini selepas dia dinamakan sebagai Ballon d'Or atau Pemain Terbaik Eropah 2009.

Messi, 22, disenarai untuk anugerah tahunan FIFA itu bersama dua lagi rakan kelabnya iaitu Andres Iniesta dan Xavi, selain penyerang Brazil, Kaka yang mewakili Real Madrid yang juga pemenang anugerah sama pada 2007, selain penyandang tahun lalu, Ronaldo. - AFP

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan