Guan Eng: Siasatan terperinci, elak isu diputar belit

Ahad, 27 Disember 2009

Tun mahathir jangan disiasat kata Dr Rais, Guan Eng kalau boleh penjarakan sekali lagi. Dunia keadilan UMNO BN. - Nabila

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Siasatan terperinci perlu dilakukan terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh, bagi memastikan isu itu tidak diputarbelitkan.

Penganalisis Politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sebelum tindakan selanjutnya diambil terhadap Guan Eng, siasatan polis mestilah menyeluruh untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

''Guan Eng ahli politik, tidak mustahil dengan senang beliau boleh putar-belit kenyataannya itu semula.

''Namun, jika benar beliau buat kenyataan itu, ia telah melanggar undang-undang dan hukuman yang setimpal wajar dikenakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Guan Eng kerana kenyataan beliau berhubung kematian Beng Hock.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, polis telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengar dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.

Sementara itu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menggesa kerajaan menahan Guan Eng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran tindakannya membuat tuduhan melulu kerana ia boleh menjejaskan keselamatan awam.

Ketua Umumnya, Osman Bakar berkata, Guan Eng tidak sepatutnya dibiarkan bebas kerana bimbang beliau akan terus menimbulkan pelbagai isu lain yang boleh mengelirukan rakyat.

''Justeru, saya setuju dan menyokong tindakan pihak polis menahan beliau di bawah Akta Hasutan dan adalah lebih baik jika beliau terus ditahan di bawah ISA," kata beliau.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Mohd. Jamil Mohd. Hassan pula mengingatkan orang ramai supaya tidak mencampuri urusan mahkamah.

Katanya, kenyataan tegas Ketua Polis Selangor itu sudah cukup menunjukkan bahawa kes tersebut tidak harus dijadikan bahan perbincangan di luar mahkamah.

''Sesiapa pun tidak ada hak untuk memberi komen berkenaan isu Beng Hock kerana telah jelas inkues sedang dijalankan. Kita tidak boleh bincang isu atau kes yang dalam perbicaraan, itu salah," kata Mohd. Jamil.

''Sememangnya wajar individu yang bertindak seperti Guan Eng itu diambil tindakan mengikut Akta Hasutan," kata beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan