Yang hantar itu UMNO, yang larang UMNO. UMNO main-main SMS - Nabila
KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu yang sengaja membangkitkan sentimen keagamaan dan menimbulkan rasa takut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, terdapat pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan insiden membaling bom petrol di tiga buah gereja dengan menyebarkan SMS palsu bagi menakutnakutkan orang ramai.
"Saya juga telah menerima SMS daripada seseorang pada pukul 4.34 petang ini, SMS itu berbunyi 'Tolong simpan semua tasbih dan semua artikel keagamaan dari kereta anda sekarang, mereka memecahkan kereta. Bermula di kawasan Bangsar. Bantahan masih berjalan dan bergerak ke Shah Alam'... Saya sedang menyiasat SMS ini kerana ia menimbulkan perasaan takut," katanya.
Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini, beliau meminta sesiapa yang menerima SMS seperti itu agar tidak mudah mempercayainya dan membuat laporan polis serta mendapatkan kepastian terlebih dahulu daripada manamana balai berdekatan dan bukannya menyebarkan SMS itu.
Berkenaan demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat hari ini, Musa berkata hanya 10 buah masjid yang dijadikan lokasi perhimpunan iaitu tiga di Kuala Lumpur, empat di Selangor, dua di Pahang dan satu di Terengganu.
Beliau berkata perhimpunan tersebut berjalan secara aman dalam 15 hingga 30 minit tanpa sebarang kekecohan dan mereka bersurai setelah diarahkan berbuat demikian.
"Aspek keselamatan dapat dikawal dengan baik dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Saya sudah mengarahkan semua Ketua Polis negeri untuk membuat rondaan di kesemua masjid dan gereja. Rondaan dibuat dan pemantauan berterusan akan terus dilakukan dalam tempoh beberapa hari," katanya.
Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan kerana mereka akur bersurai dan tidak berkumpul melepasi kawasan masjid.
Sementara itu, beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan terdapat beberapa gereja lain yang turut dilontarkan bom petrol dan beliau mengesahkan hanya tiga kes yang dilaporkan sehingga hari ini.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan mana-mana pihak yang sengaja mengeksploitasi keadaan dan isu tersebut agar tidak bermain dengan api.
"Kita minta semua pihak yang dengar apa jua cerita yang boleh menimbulkan kemarahan agar tidak terpengaruh dan pada masa yang sama, jangan ambil tindakan bersandarkan pada khabar angin dan emosi.
"Isu ini kalau disensasikan boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini. Apabila disensasikan insiden-insiden yang tidak boleh kita kawal dan tidak boleh kita bendung, pada masa dan ketika itu sudah terlewat," katanya.
Beliau berkata kepelbagaian dari segi agama dan kaum yang masih menjadi cabaran kepada kerajaan dan kepimpinan negara sejak selepas merdeka lagi seharusnya ditangani dengan kebijaksanaan serta keberanian. - BERNAMA
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan