Kalimah Allah: Kerajaan tetap tunggu keputusan rayuan

Selasa, 19 Januari 2010

PUTRAJAYA 18 Jan. - Kerajaan tetap menunggu penghakiman mengenai rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak mahu membuat sebarang jangkaan awal berkaitan keputusan yang akan diambil oleh mahkamah berhubung isu itu.

"Kita akan tunggu keputusan berdasarkan rayuan yang telah dibuat.

"Saya tidak mahu mendahului keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif MyID dan Persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Muhyiddin ditanya sama ada kerajaan akan menarik balik rayuan yang difailkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, kerajaan memerlukan pendekatan berbentuk jangka panjang untuk menyelesaikan polemik kalimah Allah.

"Bukan sekadar proses undang-undang tetapi proses dialog dan perhubungan termasuk perjumpaan melibatkan pelbagai agama.

"Ini bagi mewujudkan persefahaman yang lebih baik dan kerjasama rapat," katanya.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan