Bumbung Runtuh: Kerajaan Terengganu Akan Dedah Jika Terima Laporan

Rabu, 13 Januari 2010

Dedah jika tidak berkaiatan dan boleh menjatuhkan satu lagi - Nabila

KUALA TERNGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan mendedahkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada Jun lepas, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Said.

"Kita tidak mahu sembunyikan sampah di bawah permaidani. Jika kita terima kertas siasatan berkenaan, kita akan dedahkan. Kita mahu tahu puncanya dan kita tidak akan sembunyikan segala fakta.

"Ini kerana kelemahan-kelemahan itu perlu didedahkan untuk kebaikan masa depan, supaya semua pihak ambil iktibar ke atas apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat di Pejabat Tanah dan Galian sempena Pelancaran Program Pendaftaran Urusniaga dan Bukan urusniaga Dalam Masa Satu Hari di sini hari ini.

Ahmad berkata, pendedahan itu dilakukan perlu bagi menjaga imej kerajaan negeri dan masa depan negara.

Bagiamanpun, sehingga ini kerajaan negeri masih belum menerima sebarang laporan rasmi kertas siasatan berhubungkejadian itu.

Katanya, ini kerana banyak lagi projek-projek yang berskala besar dan kecil yang akan dilaksanakan pada masa depan di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak perlu berhati-hati dan bertanggugjawab agar segala perancangan yang dibuat tidak menimbulkan masalah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan gesaan arkitek prinsipal Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Seni Bahri Arkitek Raja Datuk Kamrul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah yang mahukan pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung kejadian bumbung stadium itu runtuh.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM280 juta di Gong Badak runtuh pada 2 Jun lepas setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) pada 31 Mei 2008.- BERNAMA


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan