Suspek bunuh 7 orang di sebuah gereja didakwa

Isnin, 18 Januari 2010

KAHERAH 18 Jan. – Suspek-suspek yang menembak mati tujuh orang di luar perkarangan gereja Coptic di selatan pekan Nag Hamadi di Mesir akan dibicarakan pada 13 Februari ini di mahkamah kecemasan negara.

Pendakwa raya Mesir akan mendakwa tiga orang suspek atas kesalahan membunuh dan mengancam keselamatan negara, kata agensi berita Middle East News.

Serangan pada 6 Januari lalu di gereja Coptic menjelang perayaan Krismas tahun lalu telah mengakibatkan enam penganut agama tersebut dan seorang penduduk Islam di selatan pekan tersebut terkorban.

Agensi berita itu melaporkan, perbicaraan akan diadakan di bandar Qena, 50 kilometer ke selatan Nag Hamadi.

Mahkamah kecemasan biasanya mengendalikan kes berkaitan pengganas. – AP

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan