Kartunis hina nabi diserang

Ahad, 3 Januari 2010

Masuk ok dah tapi pakai kapak, macam tahun 70an aje - Nabila

POLIS Denmark kelmarin menembak seorang lelaki Somalia kerana menyerang kartunis kontroversi, Kurt Westergaard, yang pernah menghina Nabi Muhammad di rumahnya di Aarhus, 157 kilometer dari sini.

Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Somalia, al-Shabab dan rangkaian militan al-Qaida di Afrika, kata ketua agensi perisikan Denmark, Jakob Scharf di sini semalam.

Westergaard, 74, mencetuskan kontroversi pada 2005 apabila melakarkan kartun menggambarkan Nabi Muhammad sebagai pengganas dengan memakai serban berbentuk bom menerusi akhbar Jyllands-Posten.

Ketika kejadian, dia sempat membunyikan penggera dan polis yang tiba dua minit kemudian menembak lutut dan tangan suspek yang bersenjatakan sebilah kapak dan pisau. - Agensi

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan