Blogger Cari Publisiti Murahan Sebar Cerita Burukkan Imej Polis

Selasa, 19 Januari 2010

PULAU PINANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop tidak menolak kemungkinan terdapat penulis laman blog menulis artikel bagi memburuk-burukkan imej anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk publisiti murahan.

"Ada kemungkinan blogger yang buat cerita-cerita spekulasi itu semata-mata untuk publisiti," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar Chowrasta di sini hari ini.

Tetapi tindakan seperti itu hanya akan mencetuskan suasana tidak aman dan menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan masyarakat, katanya ketika mengulas kenyataan sesetengah pihak kononnya PDRM gagal mengawal situasi hingga berlaku pelbagai insiden tidak diingini.

Beliau yang sedang dalam lawatan kerja di Pulau Pinang bagi meninjau tempat-tempat tumpuan jenayah jalanan dijadualkan melawat balai dan kuaters polis di Jelutong.

Sementara itu, pada sesi taklimat pagi tadi, beliau dimaklumkan bahawa indeks jenayah jalanan di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sepanjang 1 hingga 16 Jan tahun ini.

"Kejayaan ini adalah hasil usaha keras anggota polis Pulau Pinang yang menjalankan pemantauan setiap hari di kawasan-kawasan panas.

"Selain itu inisiatif operasi payung yang menempatkan dua anggota polis di lokasi-lokasi tumpuan jenayah dilihat berhasil mengurangkan kadar jenayah, ia memudahkan orang ramai membuat aduan," katanya.

Katanya terdapat tiga kategori jenayah jalanan iaitu samun bersenjata, samun tidak bersenjata dan ragut. - BERNAMA


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan