Sebelum diserahkan nanti pastikan enjin kapal selam ini dirantai dahulu. - Nabila
KOTA KINABALU: Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, dijangka tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar dekat sini pada pertengahan tahun ini.
Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Mohd Rosland Omar berkata, kapal selam jenis Scorpene itu sedang melalui latihan kemahiran bersama tentera laut Sepanyol sebelum dijadual belayar pulang ke tanah air sekitar April.
"Jadi masuk bulan Jun, kita akan mempunyai kapal selam kedua di pangkalan Teluk Sepanggar ini," katanya kepada media selepas sambutan Hari Kualiti Markas Wilayah Laut 2 di pangkalan tersebut, hari ini.
Kapal selam Malaysia pertama, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), tiba di perairan Malaysia pada awal September tahun lepas, setelah mengharungi 55 hari pelayaran dari tempat ianya dibina di Toulon, Perancis. Ia ditempatkan di Pangkalan Teluk Sepanggar sejak 17 September.
Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Anuwi Hassan pula berkata, KD TAR kini beroperasi sepenuhnya dan setakat ini tidak terdapat apa-apa masalah atau komplikasi yang timbul.
"(Penambahan) satu buah kapal selam lagi akan menguatkan lagi armada kita, untuk pertahanan negara," katanya.
Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi TLDM, Anuwi berkata, satu daripada kekangan adalah mengoperasikan kapal-kapal yang telah lanjut usia.
Namun, katanya, TLDM telah merekodkan pencapaian yang baik tahun lalu iaitu lebih 70 peratus pengoperasian kapal-kapal ini.
"Keseluruhan aset-aset TLDM agak berusia, tapi bukan terlalu tua untuk dioperasikan. Kapal-kapal ini masih belum menjangkaui hayat, cuma kekangan belanja lebih untuk perbaiki, tapi kita berjaya dalam memperbaiki apa-apa kerosakan.
"Kita berharap dapat perolehi aset-aset yang baru untuk tampung kapal-kapal sedia ada, khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya. - BERNAMA
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan