Siapa yang guna isu agama, kalau bukan UMNO - Nabila
Beliau berkata kementerian memberi jaminan untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian terhadap beberapa gereja di negara ini.
"Saya beri jaminan dalam konteks insiden terkini, kita telah pun melihat secara serius siapa dalang di sebalik insiden yang berlaku. Jadi kita tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa sahaja kuasa yang ada termasuk ISA, jika itu pilihan terakhir.
"Kita akan kenakan tindakan kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang individu itu," katanya dalam rancangan 'Soal Jawab Khas' yang disiarkan menerusi televisyen di sini malam ini.
Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang disebar menerusi SMS, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada polis atau pihak kementerian yang sentiasa memberi maklumat rasmi kepada orang awam - BERNAMA.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan