Pakar nuklear Iran maut dibom - Ejen-ejen perisikan AS dan Israel didakwa terlibat

Rabu, 13 Januari 2010

Banyak pembunuhan Umat Islam oleh agen Yahudi seperti Puti Diana, Micheal Jackson dll - Nabila

TEHERAN - Pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi maut semalam dalam satu serangan bom yang diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh, lapor media rasmi negara Islam berkenaan.

Stesen penyiaran IRIB mendakwa pembunuhan Massoud iaitu saintis fizik neutron Universiti Teheran didalangi ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

"Bom yang dipasang oleh ejen-ejen perisikan Zionis dan AS menyebabkan dua buah kereta dan sebuah motosikal rosak teruk manakala dua tingkap kediaman di sekitarnya turut pecah," menurut laporan IRIB.

Massoud, 50, terbunuh dalam satu serangan bom motosikal pada pagi semalam berhampiran kediamannya di utara Teheran.

Stesen televisyen berbahasa Inggeris Press TV menunjukkan imej rakaman kaca tingkap yang pecah dan serpihan lain manakala jenazah mangsa yang berada di dalam sebuah beg mayat diusung keluar dari tempat kejadian.


Tiada tangkapan dibuat berhubung pembunuhan Massoud setakat ini.

Pengeboman tersebut berlaku selepas kehilangan seorang saintis Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Shahram Amiri pada Jun lepas semasa mengerjakan haji di Mekah.

Barat sebelum ini menuduh Iran memajukan program nuklear bagi menghasilkan bom tetapi Teheran menyatakan pembangunan nuklear negara itu bertujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik. - Reuters

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan