KANGAR 17 Jan. - Langkah kerajaan menarik balik pemberian subsidi gula mulai 1 Januari lalu dapat menjimatkan wang negara sebanyak RM1.3 bilion sepanjang 2010.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar penjimatan itu adalah pendekatan kerajaan untuk meringankan beban tanggungan subsidi gula.
"Sepanjang 2009, kerajaan membelanjakan RM720 juta untuk subsidi gula sahaja. Jika subsidi itu diteruskan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggungkan subsidi berkenaan sebanyak RM1.26 juta lagi.
"Sebab itulah harga pasaran gula sekarang naik 20 sen sekilogram," ujarnya ketika berucap pada Kempen Kurangkan Penggunaan Gula Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di The Store di sini hari ini.
Berikutan penarikan subsidi itu, harga gula di Semenanjung kini RM1.65 sekilogram manakala bagi Sabah dan Sarawak pula RM1.75 sekilogram.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan