Allah telah memeringatkan dalam Al Quran, Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan Islam sehingga orang Islam mengikuti mereka. - Nabila
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, isu penggunaaan istilah Allah oleh penganut bukan Islam mesti ditangani dengan bijaksana oleh semua pihak.
"Sebenarnya, ramai orang bukan Islam di Malaysia menerima hakikat perkataan Allah yang Maha Esa itu dikhaskan hanya kepada orang Islam. Saya amat khuatir isu ini akan 'meletup' dan mesti ditangani dengan bijaksana.
"Dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia, adat, budaya, konvensyen dan etika selain dari undang-undang memainkan peranan kritikal untuk menjamin keharmonian di antara kaum," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, pihaknya sentiasa mengawasi kes ini dan menunggu keputusan rayuan.
Semalam, gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, 'Herald - The Catholic Weekly' setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untukmenggunakan perkataan Allah. - BERNAMA
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan