Polis Selangor Akan Siasat Lim Guan Eng Atas Dakwaan Menghasut

Jumaat, 25 Disember 2009

Apa yang nak di hairankan oleh Lim Guan Eng, dulu dikena penjara pasal membelas seorang perempuan dianiaya. - Nabila

M.KUMAR

KUALA LUMPUR:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan disiasat oleh polis berhubung satu kenyataan yang bersifat menghasut berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock yang diucapkannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu.

Menurut polis, ketua menteri itu boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Difahamkan, Guan Eng semasa berucap pada konvensyen sulung PR itu telah menyatakan kematian Beng Hock adalah satu pembunuhan sedangkan inkues berhubung perkara itu belum lagi selesai.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima aduan yang dibuat oleh orang-ramai berhubung kenyataan Guan Eng itu.

Laporan polis berhubung perkara itu, katanya dibuat pada hari Isnin baru-baru ini.

Katanya lagi, ekoran laporan polis yang dibuat itu, pihak polis akan menghubungi Guan Eng untuk diambil keterangan.

“Ada kemungkinan kita akan menghantar pegawai kita ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan beliau atau mungkin juga Ketua Menteri sendiri boleh datang berjumpa kita,” katanya ketika dihubungi oleh The Star.

Khalid mengingatkan orang-ramai bahawa mereka tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa komen atau kenyataan berhubung sesuatu kes yang sedang dalam siasatan kerana itu boleh mengundang persepsi yang tidak tepat kepada masyarakat.

Kepada satu soalan, Khalid berkata, Guan Eng boleh disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan