Ini mungkin ada kaitan dengan kes Ahmad Lutfi Othman. Sekadar buat posting... terlalu ilmiah untuk saya menghabiskannya. - Nabila
Zulkiple Ibrahim
Ini adalah rencana pertama dari tiga bahagian mengenai penyakit arteri koronari.
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Bila pesakit diabetis Alex (bukan nama sebenar) mengadu kesakitan yang tajam serta menikam dalam dada, isterinya tanpa berlengah terus mengejarkan beliau ke hospital yang berdekatan.
Menurut diagnosa doktor di Unit Kecemasan hospital tersebut, jurutera itu mengalami apa yang dinamakan 'angina pectoris'' atau lebih dikenali sebagai angina.
Keadaan ini berlaku bila otot jantung tidak menerima bekalan darah/oksigen yang mencukupi (iskemia) dan angina akan berlaku bila arteri koronari (salur darah jantung) yang membawa bekalan oksigen menjadi 'tersumbat'.
Ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari atau CAD.
Menurut pakar-pakar kardiologi, simptom CAD ialah sakit dalam dada yang tajam serta menikam dan menjalar ke leher serta belakang leher, dagu atau bahagian atas abdomen. Pesakit akan juga berpeluh serta berasa mual, kesukaran bernafas selain mengalami keresahan dan rasa panik.
CAD adalah penyakit kronik yang disebabkan tisu otot jantung tidak menerima bekalan darah yang mencukupi. Penyebab utama ialah peningkatan lemak di salur arteri (arteriosclerosis) yang menyebabkan penyempitan arteri (stenosis) berlaku.
STRATEGI RAWATAN
Pakar kardiologi Dr N. Tan berkata kebarangkalian bagi pesakit diabetis mendapat CAD adalah lebih tinggi.
Jika arteri koronari menjadi semakin sempit, ianya boleh tersumbat terus dan menyebabkan serangan jantung. Di Malaysia, diabetis merupakan faktor utama yang menyebabkan keadaan ini kerana terdapat 1.5 juta orang mengalami penyakit endokrin tersebut.
Menurut Dr Tan, antara faktor risiko CAD adalah merokok, gemuk (obesiti), usia serta jantina, genetik, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi dan diabetis melitus.
Terdapat beberapa kaedah dalam rawatan CAD. Bagaimanapun kaedah rawatan adalah berdasarkan keadaan pesakit.
Kata Dr Tan: "Penyempitan arteri koronari disebabkan arteriosclerosis atau dinding arteri menjadi keras.
"Ini berlaku bila terdapat pengumpulan lipid dan bahan lain di dinding vaskular. Bahan yang terkumpul ini dikenali sebagai plak. Kalsifikasi plak ini akan berlaku di peringkat selanjutnya".
AKIBAT DAN KOMPLIKASI
Menurut Dr Tan, akibat serta komplikasi CAD adalah serius.
"Kalau plak yang tersumbat dalam arteri adalah stabil, kurang bekalan darah akan dialami dalam bentuk rasa sakit dan ketat di dada. Simptom ini berlaku bila otot jantung memerlukan banyak oksigen contohnya ketika aktiviti fizikal.
"Situasi sakit dada sebegini ialah angina pektoris", kata beliau.
Kata Dr Tan lagi, simptom ini mungkin tidak akan timbul walaupun keperluan oksigen otot jantung amat meruncing. Ini dipanggil iskemia senyap atau CAD asimpotamtik (tiada simptom). Dalam jangkamasa panjang, kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung boleh menyebabkan kegagalan jantung.
CAD tidak boleh diubati tetapi boleh dirawat.
"Sebab itulah pencegahan adalah penting. Keutamaan adalah perubahan gaya hidup serta meminimumkan faktor-faktor risiko yang wujud seperti kadar kolesterol yang tinggi dalam darah, merokok, kegemukan serta diabetis.
"Langkah ini termasuk diet yang seimbang, senaman yang cukup serta jangan merokok", kata beliau. RAWATAN
'Acetylsalicylic acid' boleh menghalang pembekuan darah dan mengelak daripada serangan jantung.
Statin (ubat yang mengurangkan tahap lipid dalam darah) mengurangkan kolesterol LDL yang merupakan penyebab utama salur darah tersumbat dalam CAD manakala 'ACE inhibitors' menurunkan tekanan darah dan melindungi dinding salur darah dan otot jantung.
"Ubat ini biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetis dan lemah jantung dan mereka yang mempunyai risiko tinggi terhadap serangan jantung", kata Dr Tan.
Menurut beliau, 'Beta-blocker' (ubat tekanan darah tinggi) boleh digunakan oleh semua pesakit CAD. Ubat ini menurunkan denyutan jantung selain meredakan sakit yang disebabkan angina pectoris.
Antara kaedah rawatan yang lain ialah pembedahan pintasan, dilatasi (pengembangan) belon, stent serta belon penyalutan ubat.
Jika ubat tidak lagi berkesan, arteri yang sempit boleh dirawat secara surgikal atau 'lumen' (ruang) salur darah yang berlakunya penyempitan boleh diluaskan semula. Jika diperlukan surgeri pintasan boleh dijalankan.
Surgeri ini memintas lokasi salur darah yang tersumbat dan kaedah ini menggunakan salur darah yang diambil dari tempat lain di badan pesakit. DILATASI BELON
Dalam prosedur dilatasi belon koronari ini, belon koronari yang berada dihujung 'catheter' (kateter) dimasukkan ke dalam arteri dinding jantung melalui satu arteri yang besar sama ada di pangkal paha atau pergelangan tangan dengan kaedah insisi kulit.
Hujung kateter kemudian digerakkan dan diarahkan 'menjalar' menuju lokasi yang dingini, iaitu tempat di mana berlaku penyempitan dalam salur darah (arteri koronari). Belon itu kemudian dikembangkan (inflated) dengan tekanan tinggi untuk mengembangkan atau meluaskan semula ruang (lumen) yang sempit tadi.
Kaedah ini boleh dilakukan secara bius (anestesia) setempat dan tidak memerlukan pesakit dirawat di hospital dengan masa yang lama. Bagaimanapun, 30 hingga 50 peratus daripada pesakit CAD yang dirawat dengan kaedah, arteri koronari mereka boleh kembali sempit dalam masa enam bulan. STENT
Untuk memastikan lumen salur darah tetap terbuka selepas dilatasi dilakukan, rawatan menggunakan 'stent metal' juga digunakan.
Stent ini diimplatasi dilokasi yang sempit. Kaedah ini mula digunakan dalam tahun 1986. Stent dilekatkan pada kateter belon dan di bawa ke tempat yang dikehendaki oleh kateter tesrebut.
Sampai dilokasi, belon itu dikembangkan dan serentak mengembangkan juga stent tersebut. Belon serta kaheter ditarik keluar, meninggalkan stent di tempat yang dikehendaki di arteri koronari dan akan membuat salur darah ini kembang secara mekanikal.
Kaedah ini boleh mengurangkan insiden penyempitan semula (restenosis) dalam 15-30 peratus kes.
-- BERNAMA
TEMA Kali ini...
CBox
WAKTU SOLAT
Masih dalam pembinaan
Berita Harian: Mutakhir
TranungKite Online (TKO)
Detikdaily
Selatan Online
Berita Harian: Dunia
Berita & Akhbar
TKO Geng
WebBlog
Sakit Yang 'Menikam' Serta Tajam Dalam Dada? Mungkinkah Ia Angina?
Selasa, 15 Disember 2009
Posted by Nabila Atiqah at 8:34 PG
Labels: Pengetahuan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Archives
-
▼
2009
(135)
-
▼
Disember
(135)
- Kelab Penyokong PAS di Iktiraf Sebagai Dewan
- Husam: Pisahkan keluarga daripada pentadbiran
- Muslimat Pas Negeri digesa siap jentera hadapi bub...
- Debat anti nasional Pas tidak relevan
- Anggap pujian Nik Aziz bersifat peribadi: Pas
- Pas tidak taksub logo bulan
- Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan - Ibrahim Ali
- Cadangan Agar BN Terima Ahli Terus Perlu Dikaji : ...
- BN Perlu Elak Berada Dalam Zon Terlalu Selesa - Najib
- Baju dadah
- Saya akan cari mereka hingga ke lubang cacing: Bap...
- Nik Aziz sahkan setiausaha politik, akhbar letak j...
- Dua pegawai MB Kelantan dijangka ditukar
- Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan ...
- Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG...
- Penafasan Terhenti Bila Tidur
- Gerakan Sekteriat BN Perak Bukan Petanda Pilihan R...
- Tabiat Tidak Merokok Mungkin Prasyarat Mohon Bantu...
- PAS Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bu...
- SPRM Diminta Siasat Penyelewengan RM160 juta Anak ...
- Jawatankuasa Khas MCA Bersidang Selepas Cuti Tahun...
- Pemegang Kad Kredit Bakal Bayar Cukai Perkhidmatan
- SPRM Cadang Lantik Pegawai Pendakwa Bebas
- Itu kerja orang UMNO - Mahfuz
- Kumpulan Desak PAS Tinggal Pakatan Pembangkang Buk...
- Harga Minimum Rokok RM6.40 Bagi Pek 20 Batang Mula...
- Raja Petra boleh kena Akta Imigresen
- Guan Eng: Siasatan terperinci, elak isu diputar belit
- 'Tak perlu siasat Dr. Mahathir'
- Lawatan Khalid Ke India Bersifat Peribadi
- Sani Express Sedia Pampasan Untuk Keluarga Mangsa ...
- Sambutan Krismas Paling Ganas di Pulau Pinang
- Polis Akan Ambil Keterangan Adun Seri Kembangan - ...
- PAS Selangor Didesak Keluar Pakatan Rakyat????
- 'Saya tidak akan buat rayuan jika digantung keahlian'
- Nazri dicabar letak jawatan Ketua Whip BN
- Hasan, Khalid dipanggil beri tunjuk sebab
- Pas Dah Mula Masuk Jarum, MIC Tunggu Apa Lagi...
- Saya Bertanding Atas Kehendak Parti – Salahuddin
- Raja Petra guna pasport asing?
- Perancis haramkan purdah di semua tempat
- PR bantah kadar baru lesen perniagaan MPAG
- Dr Hasan reda demi kebaikan parti
- Jamin tidak jadi seperti Bali, Thailand
- 28,188 semua A
- Bapa mentua Noordin Top ditangkap
- Anwar Tidak Boleh 'Pancing Maklumat' Sebelum Perbi...
- Samy Vellu Nafi MIC Gagal Daftar pemilih Baru
- Buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turb...
- Polis Selangor Akan Siasat Lim Guan Eng Atas Dakwa...
- Pegawai Dan Anggota Diberhentikan Sebelum Kehilang...
- Pas kaji semula calon luar bertanding di Kelantan
- Pemimpin Bermasalah Perlu Contohi Dr. Rosli Allani...
- Isu Pindah Kubur Hindu Selesai: Azizan
- MB Terengganu Bersumpah Tiada Penyelewengan Dalam ...
- Johor: Minum air busuk
- Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, isteri diara...
- Messi dinobat Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009
- Guantanamo ibarat 'neraka dunia', kata tahanan Som...
- Pendaftaran Pakatan Rakyat Akan Mengambil Masa
- Empat Cedera Bumbung Kaca Terminal Bas Baru Runtuh
- Raja Petra Ada Saudara Perempuan di UK
- Sidang DUN Terengganu: Penyokong Kerajaan Bergasak...
- Kerajaan Tak Hasrat Tutup Kes Kehilangan Enjin Jet...
- Pemuda Pas batal mesyuarat
- Serah segera jawatan Pengerusi BN P. Pinang kepada...
- Polis mohon ekstradisi untuk Raja Petra
- Dasar Pakatan Rakyat Gugat Keselesaan BN?
- Ulama kanan Iran, Montazeri meninggal dunia
- 'Kalau Datuk Dah Cakap Ya, Ya lah...' - Zizie
- PKR, DAP, PAS Tidak Akan Tergesa-Gesa Daftar Pakat...
- Raja Petra berada di London?
- Ir. Abdul Ariffahmi - Segera letak jawatan
- Konvensyen Pakatan saksi PAS-DAP berdamai
- Karpal Nekad Bela Anwar
- Saya Tidak Akan Letak Jawatan
- Huan Cheng Guan Sertai PCM
- Laman Twitter digodam
- Lelaki Kaya ajak Zizie Izzette tidur..
- Anwar lantik Dr Jeffrey Ketua Perhubungan PKR?
- Waheeda Kini Berpurdah?
- Anwar Nafi Wujud Silap Faham Antara Parti Pakatan
- Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya
- Umno Mahu Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang
- Dasar Pakatan Rakyat tidak memuskan semua pihak
- Hadi Akui Ada Kelemahan Dalam Pakatan Rakyat
- Tolak Prinsip Perkauman Sempit - Anwar
- Belum sampai setahun, Najib mulai tergugat
- Pas hilang kuasa mutlak?
- Bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim Beri Keterangan P...
- Saya Belum Sedia Ganti Nik Aziz Sebagai MB
- 13 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA termasuk Naib ...
- Dr. Mahathir terima Anugerah Keamanan Global
- BN menang undi menipu di parlimen?
- Naib Presiden Gerakan umum keluar parti
- Komen hina Sultan setelah Zambry dilantik MB
- Nik Aziz nafi akan rombak Exco
- Timbalan Presiden PKR angkat sumpah anggota Dewan ...
- Bung Moktar Nafi Akan Berkahwin Dengan Zizie
- Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan
- Sudah ada pengganti saya: Nik Aziz
- Tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir sidang
- Editor Utusan mogok tulis kolum
- Beri Kami Ruang Siasat Hassan Ali
- Liow dan penyokong letak jawatan hari ini
- Teksi ‘Tandas’, Nazri Pelu Minta Maaf
- Sakit Yang 'Menikam' Serta Tajam Dalam Dada? Mungk...
- Gereja Katolik Tidak Boleh Cabar Larangan Pengunaa...
- Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia'
- Chin Peng dan patriotisme yang kabur
- Kuasai B.Inggeris Agar Tidak Dijajah Semula - Maha...
- Akhirnya Zaid Ibrahim terkeluar daripada syarikatnya.
- Bukan Menteri Besar sahaja Haram, 'Timbalan Menter...
- Peletakan jawatan Timb. Menteri Pelancongan berkua...
- Isu PAS S'gor: JK disiplin mesyuarat Rabu ini
- Rejim Zionis simpan 300 mayat pejuang Palestin
- Nenek moyang Penan mati sekali lagi
- Saya belum sempat jumpa Anwar: Teresa
- Selangor berhak tentu sendiri tarikh PRU
- Perdana Menteri Itali ditumbuk
- Kakitangan K'jaan Yang Akan Tamat Kontrak Kini Ter...
- Hentikan PTK
- Jika rasa hati rakyat marhain dapat ditelusuri ole...
- Karpal Harap Dia Akan Dapat Sijil Kuasa Untuk Dakw...
- Anwar Akui Ada Calonnya Yang Menang Punyai Trek Re...
- PAS gesa Pahang dedah ahli lembaga pengarah GLC be...
- Tempayan Retak
- Trauma diganggu api misteri
-
▼
Disember
(135)
Tops Mingguan
- JAIP, JAIS Tahan 81 Pasangan Disyaki Berkhalwat
- Macam Mana Proses Pemilihan MB UMNO??
- PASMA menggunakan Jawatankuasa “hidden”
- Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual
- Najib Berbohong Lagi!!
- Zahrain Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin PKR
- Wajib Lulus BI: PIBGN, NUTP Mahu Kerajaan Kaji Dulu
- Lagi larangan guna kalimah Allah
- Patologi Tidak Dapat Pastikan Sama Ada Beng Hock Dicekik
- Azmin: PAS turut intai kawasan PKR
Tops Bulanan
-
Peraturan Islam perlukan penguatkuasaan. Penguatkuasaan perlukan kepada undang-undang. - Nabila KUANTAN: Pelajar berusia 16 tahun adalah an...
-
Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang...
-
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak neg...
-
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9 Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
-
Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-...
-
KUALA LUMPUR 5 Sept . - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Da...
-
Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat A...
-
Pemuda Gerakan Pulau Pinang, mempermainkan kata kata dan semalam turut memperli Lim Guan Eng berkaitan dgn masaalah pemilik rumah sewa yg di...
-
Pemimpin pembangkang Israel Shaul Mofaz berkata, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu berupaya menggulingkan pemerintahan Presiden Amerika Bar...
-
PASMA ditubuhkan untuk membantu PAS dan mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Itulah kata-kata Pharaohrazi Pengerusi PASMA (jawatan terb...
Tops Keseluruhan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman ...
-
Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi m...
-
Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the W...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila mak...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawata...
-
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan mem...


0 comments:
Catat Ulasan