PKR, DAP, PAS Tidak Akan Tergesa-Gesa Daftar Pakatan Pembangkang

Ahad, 20 Disember 2009

Tergesa-gesa membuatkan silap pertimbangan. Berhati-hati dan cermat menunjukkan kemantangan. - Nabila

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.

"Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan