Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan - Ibrahim Ali

Rabu, 30 Disember 2009

Semasa pilihanraya dulu Ibrahim Ali selalu bersama TG Nik Aziz halang wartawan mendekati elak buat kenyataan. Sekarang sama-sam buat kenyataan. - Nabila

MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengalu-alukan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Mursyidul Am Pas itu benar-benar ikhlas terhadap kenyataannya dan bukan hanya gimik politik, beliau seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anuar.

"Paling tidak lantik (Anuar) sebagai Timbalan Menteri Besar dan saya mahu lihat apakah mendapat sokongan daripada pimpinan Pas yang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ibrahim turut menjelaskan kenyataan Nik Aziz sudah tidak boleh diguna pakai kerana sering tidak konsisten dan berbelit-belit dan menyifatkan beliau sebagai 'ulama politik'.

"Pihak lain dituduh kroni, nepotisme tapi bila lantik keluarga sendiri, guna alasan kepimpinan Rasulullah S.A.W. Memalukan," ujarnya.

Akhbar hari ini melaporkan Kerajaan Negeri Kelantan bersedia meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan dan memberi laluan kepada bukan Melayu yang beragama Islam untuk menerajui negeri itu.

Nik Aziz berkata cadangan itu dapat memperluaskan penyebaran Islam kepada semua dan bertindak adil kepada semua kaum.

Beliau turut menjelaskan dasar Islam dalam memilih pemimpin yang baik tidak mengenal bangsa sebaliknya melalui akhlak yang sempurna

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan