Hadi Akui Ada Kelemahan Dalam Pakatan Rakyat

Sabtu, 19 Disember 2009

Kelemahan perlu diatas, bukan membuka dan memberi ruang kepada musuh untuk merosakkan. Dalam bangunan & konkrit titik lemah merupakan dipanggil takik adalah tempat dimana mulanya kerosakkan & retak keseluruhahnya. - Nabila

ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui terdapat ruang kelemahan yang wujud dalam parti komponen Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kelemahan yang wujud dalam setiap parti membuka ruang kepada parti lawan untuk dieksploitasi bagi kepentingan politik mereka.

"Media arus perdana masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita dan sudah pasti akan memperbesarkan kesilapan yang kecil serta memperkecilkan kejayaan yang besar. Lawan kita mencari setiap kelemahan kita.

"Peristiwa Perak harus dijadikan ibtibar, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan," katanya ketika menyampaikan ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di sini, hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat itu menyaksikan kehadiran lebih 1,500 orang perwakilan dengan setiap komponennya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diwakili oleh 500 perwakilan.

Selain itu menurut Abdul Hadi, komponen Pakatan Rakyat perlu mengamalkan prinsip perpaduan walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

"Kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara, dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, setiap komponen Pakatan Rakyat perlu memperkukuhkan jentera parti masing-masing termasuk bagi pemilihan calon dalam pilihan raya.

"Setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat.

"Ini termasuk membuat ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi yang nyata.

"Kita juga perlu menilai kekuatan parti yang sebenar dan bukannya berkrisis dalam menentukan calon," katanya.

Abdul Hadi juga mengingatkan supaya satu perancangan jangka panjang perlu dirangka bagi memastikan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu dapat diulangi.

"Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang.

"Bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan.

"Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan