MCA dan Gerakan adalah kain buruk untuk UMNO dalam BN. Bila perlu digunakanm, sudah tidak mahu buang sahaja dalam tong sampah. - Nabila
ULU BERNAM 20 Dis. - Jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang perlu diserahkan segera kepada UMNO jika pucuk pimpinan berhasrat menawan semula negeri tersebut yang kini diperintah oleh DAP.
Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, langkah itu penting memandangkan parti Gerakan yang memegang jawatan tersebut sekarang gagal memainkan peranan berkesan dalam meyakinkan rakyat negeri berkenaan.
"UMNO adalah parti yang selayaknya memegang jawatan berkenaan dan ia perlu disegerakan kerana kerajaan hanya mempunyai masa dua tahun jika berhasrat merampas semula Pulau Pinang.
"Tiada pihak yang boleh mempersoalkan hakikat ini kerana UMNO memiliki majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding parti komponen yang lain dan harus diingat, Gerakan diberikan jawatan itu hanya atas dasar semangat setiakawan BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat tapak agro bazaar, di hentian Rawat dan Rehat (R&R), Ulu Bernam, di sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abd. Wahid Md. Radzi.
Mengulas lanjut, Badruddin berkata, dalam situasi politik sekarang, sudah tiba masanya untuk UMNO mengubah 'polisi' lama yang sering beralah dan memberi 'muka' kepada rakan komponen walaupun prestasi mereka mengecewakan.
"Jika rakyat Pulau Pinang sendiri lebih percayakan UMNO, pucuk pimpinan perlu membuat keputusan ini walaupun ia tidak disenangi sesetengah pihak kerana yang lebih penting ialah pencapaian pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Ditanya jika Gerakan menentang perkara tersebut, beliau secara sinis berkata: "Gerakan cerminlah diri sendiri,".
Jelasnya, semua parti komponen sepatutnya berusaha memulihkan keyakinan rakyat kepada BN dan bukannya sekadar hanya menjadi parti 'tempelan' yang menumpang tuah UMNO.
Sementara itu, mengenai agro bazaar, Badruddin yang juga Pengerusi FAMA berkata, pihaknya akan berbincang dengan PLUS Expressways Berhad bagi membangunkan lebih banyak agro bazaar di sepanjang lebuh raya utara-selatan.
Katanya, sehingga kini, FAMA memiliki lima buah agro bazaar di lebuh raya tersebut bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta industri asas tani memasarkan produk mereka.
"Langkah ini penting kerana usaha pemasaran yang dibuat FAMA melalui agro bazaar mendapat sambutan menggalakkan.
''Selain menjadi pusat yang menawarkan produk berkualiti dengan harga yang rendah, penubuhan bazaar ini juga membantu usahawan untuk memulakan perniagaan mereka," ujarnya.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan