Satu perkara difikirkan oleh banyak orang lebih baik, banyak perkara difikirkan oleh seorang. - Nabila
AU YEONG HOW
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akur dengan dasar Pakatan Rakyat (PR) hari ini yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponennya iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Bagaimanapun katanya, ia adalah satu dokumen penting yang merangkumkan titik perjuangan parti komponen bersama.
"Seperti DAP, kita ingin masukkan istilah ‘Pilihan Rakyat Kerajaan Tempatan’.
"Bagaimanapun selepas berbincang, DAP bersedia menerima istilah 'Mengukuhkan Demokrasi Kerajaan Tempatan’ sebagai pengganti yang tentunya mencakupi pilihanraya kerajaan tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.
Menurut Guan Eng, kompromi itu adalah petanda baik bahawa kerjasama pelbagai pihak dalam PR adalah berdasarkan perbincangan dan perundingan bernas tanpa didominasi satu-satu pihak.
Beliau berkata, sungguhpun dasar tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pihak tertentu, ia bertindak sebagai satu batu asas yang menjalinkan kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat.
"Malah, ia turut menjalin hubungan baik antara kaum, serta integrasi serta perpaduan kaum di seluruh Malaysia," katanya.
Dalam ucapannya, Guan Eng turut menyatakanamalan pentadbiran amar maaruf nahi mungkar boleh menyatupadukan rakyat kerana semua menyokong kebaikan dan bencikan kejahatan seperti amalan rasuah.
"Itulah sebabnya Kerajaan PR selalu tekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insan bermaruah bukannya berdiskriminasikan atas warna kulit.
"Dengarlah komitmen kami bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latar belakang," katanya.
Sementara itu, Guan Eng berkata, Malaysia perlu menaik taraf ke tahap ekonomi berpendapatan tinggi menerusi mekanisme empat pendekatan iaitu selain daripada kerajaan berjiwa rakyat. Antaranya ialah, Pendidikan dan pembentukan modal insan yang cemerlang, berdaya kreatif dan inovatif serta menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan dan keamanan rakyat.
Mengamalkan prinsip urus tadbir CAT (cekap, akauntable dan telus) berteraskan pemimpin berintegriti agar melahirkan perkhidmatan awam yang berkebolehan, bersih dan cekap serta komitmen ke atas pertumbuhan ekonomi di mana pembangunan yang seimbang dan mampan diberikan.
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan