Kata Johor tiru Selongor bagi air free, takkan air busuk nak bagi free. UMNo dulu dan selamanya menyusahkan rakyat. - Nabila
Kalam Hadi
PLENTONG: Meskipun terletak dalam kawasan persekitaran perbandaran yang membangun, kira-kira 50 keluarga penduduk Kampung Sungai Plentong dekat sini masih terus dibelenggu dengan kehidupan yang terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai bagi kegunaan seharian, sejak lebih 30 tahun lalu.
Penduduk mendakwa mereka tiada pilihan lain dan perlu menggunakan air perigi untuk memasak, minum, mandi dan membasuh pakaian, meskipun ada ketikanya air berkenaan berbau busuk dan agak masam.
Tinjauan ke kampung itu mendapati setiap rumah penduduk memiliki perigi yang digali sendiri sama ada di bahagian belakang mahupun di hadapan rumah bergantung kepada sumber mata air yang mudah diperoleh. Setiap rumah juga dilengkapi tong plastik untuk menyimpan air setiap kali musim kemarau.
Bagaimanapun, bagi penduduk yang berkemampuan, mereka menggunakan pam khas yang dipasang di belakang rumah bagi menyedut air terus dari perigi ke rumah dan melalui cara itu, mereka tidak perlu mengambil air menggunakan timba kerana cara berkenaan menggunakan tenaga yang lebih banyak berbanding air yang dipam.
Suri rumah, Mastura Aliatamini, 34, berkata beliau sudah lama menunggu bekalan air paip bersih dibekalkan kepada penduduk Kampung Sungai Plentong sejak mendiami kampung berkenaan 10 tahun lalu.
(Gambar - MURUGAN mengambil air yang dipam daripada perigi di hadapan rumahnya. )
Katanya, penduduk tidak ada pilihan selain terpaksa mendapatkan air perigi walaupun pada masa tertentu kualiti air itu agak tidak memuaskan serta tidak selamat digunakan.
"Hanya air perigi atau sungai di sini saja menjadi sumber air utama kami untuk kegunaan seharian, dan pada musim kemarau pula kami terpaksa mendapatkan bekalan air yang dibawa melalui lori dari Syarikat Air Johor (SAJ) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Kadang-kadang pilu juga rasa hati bila melihatkan orang lain mendapat bekalan air bersih tapi kami di sini masih menggunakan air perigi... tapi apa yang nak buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Penduduk, B Murugan, 45, berharap kerajaan membekalkan segera air paip bersih seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.
Katanya, penduduk sebelum ini dimaklumkan air paip bersih akan dibekalkan pada awal tahun depan oleh pihak wakil rakyat kawasan tetapi maklumat berkenaan masih belum dapat dipastikan sehingga kini.
"Kami di sini teringin sangat menikmati bekalan air bersih seperti yang dinikmati oleh penduduk di taman perumahan lain, inilah perkara yang menjadi keperluan utama kami di sini.
"Sebelum ini bekalan elektrik yang dijanjikan kerajaan sudah pun kami peroleh dan diucapkan terima kasih, cuma bekalan air paip bersih saja yang masih belum kami terima," katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cer Puk, berkata, beliau memahami situasi yang dihadapi penduduk berkenaan dan ia adalah antara perkara utama yang akan beliau selesaikan secepat mungkin.
Katanya, masalah utama yang dihadapi ialah untuk mendapatkan kebenaran pemilik ladang kelapa sawit bagi membenarkan paip dipasang melalui tanah milik syarikat sebelum air dapat dibekalkan ke kampung itu.
"Kampung Sungai Plentong terletak antara ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat dengan Taman Plentong. Kami masih berunding dengan pemilik tanah ladang di sini bagi mendapatkan kebenaran supaya paip dipasang segera.
"Dulu kita sudah rundingkan untuk membekalkan elektrik ke kampung itu dan akhirnya berjaya dilaksanakan. Kini hanya menunggu kebenaran untuk pemasangan paip saja yang kami jangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.

0 comments:
Catat Ulasan