Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, isteri diarah berpisah

Selasa, 22 Disember 2009

Adat perkahwinan ada baik ada buruknya. Semuanya bergantung kepada diri empunya. - Nabila

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, semalam, diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah supaya terus berpisah dan tinggal berasingan dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30, sehingga kes mereka dibicarakan pada 26 April depan.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang, selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, menolak hasrat Dr Rosli Allani untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Mohd Yusof dalam keputusannya memerintahkan pasangan terbabit mematuhi perintah berpisah yang dikeluarkan sejak 9 November lalu.

Mahkamah juga akan memberi keutamaan terhadap kes berkenaan dengan mempercepatkan perbicaraan bagi mendapatkan jalan penyelesaian kerana menyentuh kepentingan awam serta hukum syarak.

"Saya akan mempercepatkan perbicaraan kes ini kerana menyentuh kepentingan awam serta hukum syarak. Oleh itu defendan pertama (Dr Rosli) perlu mematuhi perintah supaya berpisah dengan isteri keduanya sehingga kes ini didengar semula pada 26 April ini, " katanya.

Dr Rosli Allani bagaimanapun bergegas meninggalkan mahkamah itu sejurus prosiding selesai bagi mengelak bertemu media.

Mohd Noor diwakili peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin, manakala Dr Rosli Allani diwakili peguam syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan, manakala isteri keduanya, Ilyani tidak hadir mendengar prosiding semalam.

Dalam pernyataan tuntutan pembatalan perkahwinan yang difailkan Mohd Noor, bapa kandung defendan kedua (Ilyani) mendakwa, Dr Rosli dan Ilyani berkahwin secara tidak sah pada 26 Disember 2008 di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah disebabkan tatacara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen yang tidak sah.

Berikutan itu, Mohd Noor bertindak memfailkan permohonan di mahkamah bagi mencari kebenaran perkahwinan itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan