GEORGE TOWN: Polis dan bomba menamatkan operasi mencari dan menyelamat
di kawasan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya
Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada pukul 6 petang Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata operasi ditutup dengan rasminya selepas mesyuarat diadakan dengan Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Keputusan itu diambil hasil perbincangan dan kami akan menyerahkan kawasan runtuhan ini kepada pihak kontraktor untuk kerja pembersihan," katanya kepada pemberita.
Khamis lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini runtuh kira-kira 6.40 petang.
Mayat Tajuddin Zainal Abidin, 45, yang terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan kira-kira 8.45 malam Jumaat.
Kejadian itu turut mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan, dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39.
Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan. - BERNAMA

0 comments:
Catat Ulasan