Ikhwanul Muslimin cuba dihapuskan di Mesir - 529 penyokong Morsi dihukum mati

Isnin, 24 Mac 2014


Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis mengikut laporon BBC.

Terdapat 1,200 lagi yang menunggu hukuman. Hampir semuanya adalah ahli Gerakan Ikhwanul Muslimin.


Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman modern ini. Seruannya untuk kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengajak kepada penerapan syari’at Islam dalam kehidupan mendapat tentang hebat daripada golongan Islam yang berfahaman sekular. Kemampuan Ikhwanul Muslimin membendung arus sekularisasi di dunia Arab dan Islam sangat ditakuti oleh golongan Islam yang bertopengkan US dan jahiliyyah moden.



Pemahaman Ikhwan terhadap Islam bersifat universal, tidak mengenal adanya pemisahan antara satu aspek kehidupan dengan aspek lainnya terutama politik.

Syaikh Hasan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin telah mengatakan, “Gerakan Ikhwan adalah dakwah salafiyah, thariqah sunniyah, haqiqah shufiyyah, lembaga politik, klub olah raga, lembaga ilmiah dan kebudayaan, perserikatan ekonomi dan pemikiran sosial.”

Dalam Risalah Ta’alim, Hasan al-Banna berkata, “Rukun Bai’at kita ada sepuluh. Karena itu hafallah baik-baik. Yaitu: Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Berkorban, Tetap pada pendirian, Tulus, Ukhuwah dan percaya diri.” Kemudian beliau berkata, “Wahai saudaraku yang sejati! Ini merupakan garis besar dakwah Anda. Anda dapat menyimpulkan prinsip-prinsip tersebut menjadi lima kata, yaitu : sederhana, membaca Al-Qur’an, shalat, sikap kesatria dan akhlaq.”

Sayyid Quthb, dalam bukunya Khashaish al-Tashawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan. Lambang Ikhwan adalah dua bilah pedang menyilang melingkari Al-Qur’an, ayat Al-Qur’an dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah (kemerdekaan).



Gerakan Ikhwan dimulai di Isma’iliyyah kemudian beralih ke Kairo dan dari Kairo tersebar ke berbagai pelusok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000 dan tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak.

Ikhwan meluas ke negara-negara Arab. Ia berdiri kukuh di Suriah, Palestina, Yordania, libanon, Iraq, Yaman, termasuk Malaysia dan lain-lain.

Kini  anggota dan "fikrahnya" tersebar di berbagai penjuru dunia dan menjadikan Ikhwan satu-satunya gerakan Islam terbesar di dunia yang mampu menyatukan segala perjuangan dan umat Islam.

Perkara sangat ditakuti oleh musuh Islam sekiranya Ikhwanul Muslimin mempunyai tampok pemeritahan seperti Mesir. Pasal itu gerakan menghancurkan Islam yang juga didalami oleh orang Islam sendiri dan dunia Arab suatu yang sangat mengaibkan.

Mereka, nama sahaja Islam tetapi 'paie perangai' adalah musuh Islam tidak saling tumpah macam Yahudi dan Nasrani.

Malaysia pun akan mengalami nasib yang sama jika sekiranya Islam menguasai tampuk pemerintahan. Sejarah pengkhianatan tidak akan padam kerana itu adalah sunatullah.


Tulisan ini mengulas berita di bawah:-



Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.

Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.

28 comments:

Tanpa Nama berkata...

golongan munafiq yg sementara berkuasa. Berkuasa sementara diuji dgn kuasa. juga sementara..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah :'(

Tanpa Nama berkata...

ya Allah :(

Tanpa Nama berkata...

ya Allah semoga Allah melindungi mereka Al-fatihah kpd 529 ahli ikhwan muslimin :'(

Unknown berkata...

Alfatihah..kemenangan akn menjelma yakin dgn janji Allah

Tanpa Nama berkata...

Nk share dlm fb bole? Tp mcm mana ye? Xnmpk link fb pun..

Tanpa Nama berkata...

subhanallah..ya allah ..kenapa islam ditindas sebegini sekali.insyaallah suatu hari nanti kemengn akn mnjelma.al-fatihah

Tanpa Nama berkata...

saya bukanlah nak cakap apa. tpi disebabkan tragedi MH370, kebanyakan masyarakat tidak tahu akan berita ini. sampaikan ada yang bertanya "sapa tu Ikhwanul Muslimin?, kenapa mereka dibunuh ?". Dunia hanya tertumpu kepada kehilangan kapal terbang yang hilang pada 8 march 2014 dan dikatakan dijumpai di lautan hindi pada 24 march 2014 sedangkan apa yang berlaku di Mesir seperti tiada penamatnya. saya juga turut sedih dengan berita ini, semoga Allah mencucuri rahmat kepada 529 orang ikhwanul muslimi dan juga kepada penumpang MH370.

Tanpa Nama berkata...

#Pray_For_Ikhwanul_Muslimin
ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

http://tempayanretak.blogspot.com/2014/03/ikhwanul-muslimin-cuba-dihapuskan-di.html?m=1


copy link ni dan share agar kita semua umat islam mendoakan gerakan dakwah ni..saudara saya saudara islam anda juga

Tanpa Nama berkata...

Let's save the ikhwanul muslimin. Send your petition to http://www.avaaz.org/en/

Tanpa Nama berkata...

Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar.

Unknown berkata...

Subhanallah :'(
Let's pray for Ikhwanul Muslimin..

Tanpa Nama berkata...

May Allah be with them...

Tanpa Nama berkata...

atas arahan yahudi dan sekutu gerakkan islam mesti di tentang dan di musnahkkan kerana misi mencari muhammad ll adalah sukar kerana mereka tiada petunjuk...bunuh dan terus bunuh lelaki muslim ada episod seperti dlm al baqarah,apabila firaun mengarahkan membunuh bayi laki2 kerana takut tergugat pemerintahannya...kepada muslimin sekalian tak kira dimana anda berada kembalilah kepada al quran dan sunnah saw..sesungguhnya raja yahudi dajjal tengah merangka plan terakhir...

Unknown berkata...

YA ALLAH :"(

Tanpa Nama berkata...

Semoga mereka ditempatkan sebagai para syuhada...dan dengan peristiwa ini menjadikan islam sejati akan lebih bersemangat utk meneruskan perjuangan ALLAH & RASULULLAH...ALLAHUAKHBAR

B@LQ15 berkata...

mereka sudah bayar harga sebuah kehidupan sehingga diberi syahid dan syurga!

specialbranch berkata...

sesungguhnya ini adalah semangat utk kita bkn satu kelemahan. Allahuakbar

Unknown berkata...

subahnallah

Tanpa Nama berkata...

Allahhuakbar........

Unknown berkata...

Smoga Allah SWT m'cucuri rahmat ke atas syahid2 Islam ini...
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ* آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَرَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

Tanpa Nama berkata...

kemenangan akan menjadi milik islam suatu hari nanti.Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

rakyat juga yang merana kerana mendokong dan termakan janji2 pemimpin mereka... hormati sistem demokrasi agar tiada rakyat Malaysia yang senasib mereka... tolak Pemimpin yang mengamalkan politik radikal untuk merampas kuasa.... dari mulanya arab spring hingga sekarang.. keadaan di Mesir bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk... Bersyukur dgn apa yang kita ada.. kena usaha lebih sikit. Insyaallah.. belajar dari sejarah.. Negara Mesir sudah bergolak bertahun2 lamanya... sejak mereka merdeka http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

Tanpa Nama berkata...

IM529. Ya Allah kau telah merehatkan para syuhada ini atas semangat perjuangan panji Islam. Kau gantikanlah berganda-ganda hambamu yang lebih berani dan beriman Ya Allah. Sesungguhnya mereka fikir mereka telah menang dengan kezaliman, sedangkan hikmah Mu sangat mendalam dan besar...................

Tanpa Nama berkata...

Jeng

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah...
Segala sesuatu kebenaran pasti akan terungkap..itu janji Allah yg satu..Balasan pasti akan datang pada mereka yg bencikan Islam..iaitu agama yg satu dan pasti di dunia..
Tunggu dan lihat shja nanti..
Allahuakhbar....!!!

Tanpa Nama berkata...

Umat islam ramai tapi macam buih dilautan yg sdh hanyut.tidak berani bngkit mnntang golongan yg sedikit.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan