PASMA Cuba Bersendirian Menolak Kerjasama dengan Unit Amal?

Jumaat, 19 Disember 2014



PASMA ditubuhkan untuk membantu PAS dan mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Itulah kata-kata Pharaohrazi Pengerusi PASMA (jawatan terbuka dan masih menjadi tanda tanya siapa pengerusi sebenar PASMA yang membantu dan merangka perangcangan).


Baca Lagi...

Rancangan Menjatuh dan Mengaibkan Presiden PAS Gagal

Isnin, 15 Disember 2014


Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu. Dimana pihak Shamsul tidak dapat membukti saksi dan saksi didapati tidak tidak bercakap dengan tepat.

Baca Lagi...

Mampukah Parti Keadilan Berceramah Tanpa PAS?

Ahad, 14 Disember 2014


Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).

Baca Lagi...

Zul Kuala Krai Ibarat “anak nakal” dalam penjara

Jumaat, 19 September 2014


Apabila Zul Yaakub (spesis Zul Nordin) Kuala Krai membuat ucapan menyerang sebahagian perwakilan Muktamar Pemuda PAS Malaysia, ramai blogger Anti-Presiden PAS seperti Greenboc, al-Husseyn, ZAKRI ALI, Bloglist Malaysia dan berapa lagi menyiarkan berita sebagai berita utama. Sebelum ini mereka ini terkial-kial untuk mendapatkan berita yang boleh 'menghentam' ulama PAS.

Ucapan Dasar Muktamar Ke-60 yang mengandungi 14 perkara utama mengariskan pergerakan PAS tidak diambil endah, malah mereka ini lebih suka mencari keburukan daripada membuat petikan yang berfaedah di blog masing-masing.

Baca Lagi...

Suhaizan perlu urus krisis dalaman Pemuda sebagai contoh

Rabu, 17 September 2014


Secara peribadinya saya kenal susuk tubuh Ketua Pemuda PAS Malaysia ini. Cara dia berfikir, berhujah dan mencetus idea. Di mana rujukan dan ideolanya. Tahniah dan syabas atas ucapan dasar yang pada pendapat saya banyak perkara boleh dibahas dan diperincikan.

Baca Lagi...

Cg Pa kata Rafizi Bodoh, Mahfuz kata Nik Nazmi Kurang Cerdik!


Masih ingat lagi Rafizi Ramli membuat kenyataan dalam forum berkenaan "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar."

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.


Baca Lagi...

Mohamad Sabu Beri “Lampu Hijau” kepada PasMa

Selasa, 16 September 2014


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sudah diiktiraf sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) politik apabila Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu  tidak melarang ahli parti menyertai, malah mengalakkannya pada ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi petang tadi.

"Bukan kita tolak, nak tubuh NGO tidak mengapa, bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini.|

Baca Lagi...

Hj Mohamad Sabu Sepatut Faham Kehendak Pemuda


Sebahagian perwakilan Pemuda Pas yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dilihat meninggalkan tempat selepas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian menurut laporan beberapa portal berita melainkan Malaysian Insider yang dilihat untuk menutup berita ini.

Ada yang menyebut sekitar 50 orang perwakilan mungkin boleh disebuthampir separuh daripada perwakilan pemuda yang hadir. Yang dikenali pasti perwakilan Pahang, Terengganu, Wilayah Persetuan, Selangor dan sebahagian daripada negeri-negeri lain.

Baca Lagi...

PASMA menggunakan Jawatankuasa “hidden”

Khamis, 11 September 2014


Dalam tulisan analisis "PasMa to replace Pas in Pakatan Rakyat?" yang diterbitkan oleh Malaysia Today telah membuat analisis tentang kewujudan satu parti alternatif mengantikan PAS sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Analisis Malaysia Today juga merujuk kepada laman Tranungkite yang dikatakan antara yang paling kerap menyebut tentang PASMA sebelum perkara ini tersebar luas.

Baca Lagi...

Wan Azizah Terguris, Khalid Ibrahim Luka Parah

Rabu, 10 September 2014


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (DSWA) mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.


Baca Lagi...

PasMa Sayang Pakatan Rakyat, Orang PAS lain tak sayang ke?

Selasa, 9 September 2014



Bos Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana PASMA bimbang dengan nasib yang menimpa  Pakatan Rakyat (PR) sekarang. Pahrolrazi juga berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.


Baca Lagi...

PKR nak berpeluk dengan Ku Li, sehingga hari ini Rafizi Ramli membisu!

Isnin, 8 September 2014



Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

Baca Lagi...

PKR Cuba Perangkap Sultan? Atau PKR Terperangkap?

Ahad, 7 September 2014



Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berpegang teguh dengan keputusan sebelum ini untuk menamakan seorang sahaja calon bagi jawatan itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan hanya menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas selepas dipecat dari PKR.

Baca Lagi...

Air Force One Russia dan MH17 Boeing 777 MAS Hampir Sama!!

Jumaat, 18 Julai 2014



Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine dipercayai ditembak jatuh. Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 295 penumpang sepatutnya sampai hari ini jam 6.10 pagi nanti.

Baca Lagi...

Malaysiaku: Nak Tembak Penceroboh Pun Kena Minta Kebenaran

Selasa, 15 Julai 2014


Kita dimaklumakan bahawa penceroboh tidak boleh ditembak. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Panglima Tentera Laut Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Ini prosedur katanya...

Tapi bagaimana polis boleh sewenang-wenangnya menembak para peserta demo aman di Batu Burok, Terengganu 8 September 2007? Ini ikut prosedur atau tidak? Malaysia di bawah UMNO dan BN semuanya kelam kabut dan bangang!!

Baca Lagi...

Dua fenomena dibulan mulia di negara kita ini

Jumaat, 11 Julai 2014

Dalam kita masyarakat Malaysia tercinta duk riuh dengan perkembangan perlawanan bolasepak piala dunia sekarang dan diiringi pula sedang menjalani ibadah puasa, kita dikejutkan pula dengan searangan Israel ke atas Palestin. Walaupun kita rakyat marhen tidak dapat membantu secara total pergolakan saudara2 nya disana, sekurang kurangnya dapatlah juga membantu walaupun dgn sekelumit doa.


Baca Lagi...

Kurma dan Air Zam-zam pun UMNO curi!

Ahad, 6 Julai 2014



Hampir tiap kali sali ramadan saya dengar ada pembahagian kurma dan air zam-zam oleh kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyatnya. Tapi hampir setiap tahun saya tak pernah nampak kurma dan air zam-zam itu.

Baca Lagi...

Adakah Tun Mahathir Sama Seperti Bill Clinton?

Khamis, 12 Jun 2014


Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia manakala Bill Clinton pula bekas Presiden Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka meninggalkan rumah kerajaaan (Rumah putih & Putrajaya) untuk menjalankan kehidupan sebagai rakyat biasa berstatus 'bekas pemimpin negara'.

Soalannya adakah kedua-dua mereka sama?

Baca Lagi...

Bee Hoon CAP MASJID dikilang secara kotor dan menjijikkan!

Selasa, 10 Jun 2014



Kilang Bee Hoon CAP MASJID (tanda nama untuk galakkan orang Islam membeli seperti PAU AHMAD) yang berada di Jalan Ipoh Kuala Lumpur mengeluarkan Bee Hoon berjenama CAP MASJID telah didapati sangat kotor dan menjijikkan.

Mana pergi pegawai kesihatan daripada KKM yang selalu membuat pemantau untuk memastikan makanan umat Islam sentiasa bersih dan suci?

Baca Lagi...

Umat Islam Di Malaysia Ada "Kuasa Pembeli"

Khamis, 5 Jun 2014


Isu dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine) telah memberikan perbincangan hangat dikalangan umat Islam di negara ini. Isu babi dalam makanan ini bukan perkara baru, sebelum ini sudah beberapa produk lain tetapi Cadbury menjadi isu yang lebih meneyeluruh.

Baca Lagi...

Najib Berbohong Lagi!!

Sabtu, 31 Mei 2014


Bila kita bercakap tentang sesuatu isu, atau perbincangan dalam sesuatu isu yang ternyata tidak benar, atau tidak menyeluruh, dan banyak perkara di sorot dari pengetahuan para pendengar, maka, mereka yang bercakap itu dikatakan berbohong.

Dengan berbohong mereka mendapat keuntungan besar... maknanya dengan berbohong mereka akan mendapat faedah besar dalam mempengaruhi pendengar, dan ini adalah satu perbuatan menipu.

Baca Lagi...

Kumpul Cadbury yang ada DNA Babi suruh Dr Abdul Shukor makan!

Jumaat, 30 Mei 2014



Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Baca Lagi...

Tak sampai sebulan jadi MB, 50 Pegawai Tadbir Negeri Ditukar!!

Khamis, 29 Mei 2014


Selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said. Team UMNO baru Terengganu membuat proses "pemutihan" team Ahmad Said dalam Kerajaan Negeri.

Seramai 50 Pegawai Tadbir Negeri  akan ditukar berkuat kuasa 2 Jun ini mengikut sumber daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Baca Lagi...

Adun UMNO Terengganu mana yang perempuan simpanan buat aduan??


Dulu Adun UMNO Terengganu Zakaria (Paka) tidak di calonkan semula apabila isteri keduanya membuat pendedahan peribadi di facebook setelag dia ada "kes" dan kahwin yang ketiga. Malah kereta dan rumahnya juga turut dijual secara senyap.

Sekarang ada satu lagi kes melibatkan tingkah laku buruk adun UMNO Terengganu. Ini kes perempuan simpanan.

Baca Lagi...

Nak membodohkan Umat Islam, Nak selamat syarikat, Menteri Kesihatan jadi penipu!

Selasa, 27 Mei 2014


Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila maklumat tentang produk mengandungi DNA babi ini tersebar di media sosial.

Menteri Kesihatan Datuk S Subramaniam sebelum ini yang dikenali sebagai anti-Islam yang menghina umat Islam dalam isu hudud cuba menipu bagi membela syarikat besar Kraft Foods daripada kerugian.

Baca Lagi...

Boikot barangan syarikat Kraft Foods atau Mondelēz International pembuat coklat BABI Cadbury!


Kementerian Kesihatan telah mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine). Ujian ini dikatakan telah dilakukan pada Februari 2014 yang lalu. Kenapa sekarang baru keluar keputusannya.

Malah dikatakan ada 15 lagi produk yang mengandungi DNA babi (porcine) yang masih dirahsiakan oleh pihak kementerian. Kenapa masih rahsia??

Baca Lagi...

Jangan hairan selepas ini macai UMNO akan sebar video lucah Fu Wa & Feng Yi

Jumaat, 23 Mei 2014


Sebut aje video lucah maka kita akan teringat dengan UMNO dan macai-macainya. Video lucah sudah menjadi "senoning" dengan politik kotor UMNO. Tak kira daripada atasan malah sampai bawahan pun semuanya suka untuk sebar video lucah sebagai bahan kempen.

MB Terengganu baru, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman Adun Seberang Takir dulu juga pengedar video lucah Dato' Mustaffa Ali.

Baca Lagi...

Ini rupanya HERO TNB!

Ahad, 18 Mei 2014


Siapa tak kena Najib Razak, kaki bohong 1Malaysia. Cakap-cakapnya kalau tak bohong mesti "pelawok" (bahasa Trg..) Dulu kata petrol tak naik.. selepas aje PRU-13 terus naik.

Baru-baru ini kata tak ada pertukaran MB. Kita lihat Ahmad Said yang 'nelang' menangis tak berlagu akan mengakhir politiknya.

Baca Lagi...

Macam Mana Proses Pemilihan MB UMNO??

Khamis, 15 Mei 2014


Orang tanya saya kenapa Najib tak suka Ahmad Said? Kenapa Najib boleh Razif yang hanya menang kerana undi KEM Tentera di Seberang Takir? Itu memang susah nak jawab tapi paling mudah untuk terang perkara ini ditunjukkan melalui gambar. Gambar tidak menipu!

Baca Lagi...

MB Terengganu baru melarang ahli UMNO terkejut!


Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, MB Teregganu mengarahkan semua ahli UMNO Terengganu supaya jangan terkejut kerana ditakuti boleh KELUAR UMNO seperti Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi NegeriYB Roslee Daud (Adun Bukit Besi). Ini membahayakan kedudukan UMNO Terengganu tambah beliau!!

Roslee Daud Exco UMNO yang tak lulus SPM dulu kerani sahaja itulah tanda pertunjuk kehebatan UMNO Terengganu. Yang ada sedikit pendidikan dalam UMNO semuanya sudah jadi 'lembu' pawah di bawah UMNO Terengganu.

Baca Lagi...

Akhirnya Mat Said Yang Nelang Jilat Ludah Sendiri

Rabu, 14 Mei 2014


Pertemuan antara Ahmad Said dengan Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Mohd Yasin dikatakan positif apabila TS Muhyiddin telah memaklumkan dalam twitternya. Menurut sumber pertemuan itu memberikan kata putus kepada Ahmad Said (kalau bahasa kasar ungutan) supaya menarik semula surat keluar UMNO.

Rundingan pada malam itu meminta agar 2 orang Adun dan juga exco yang keluar dikekalkan jawatannya apabila mereka menarik balik surat keluar UMNO. Saya tidak mendapat maklumat yang sah apakah tuntutan untuk Ahmad Said dalam hal ini. Ada yang menyebut dia akan memperolehi sesuatu jika dia berlembut dalam hal ini.

Baca Lagi...

Nikah dan Bersanding 10 Mei lalu Ahmad Said buat pula 17 Mei ??


Siapa kata Ahmad Said bodoh dalam membuat tindakan? Majlis persandingan anak Ahmad Said telahpun berlangsungkan pada 10 Mei yang lalu. Majlis ini telah dihadiri sendiri oleh Sultan Mizan untuk majlis menepung tawar kedua-dua pengantin berkenaan.

Habis kenapa dibuat untuk kali kedua pada 17 Mei 2014 sedangkan Ahmad Said tahu perjanjiannya sebagai MB akan tamat pada 12 Mei 2014?

Baca Lagi...

Najib berjaya BELI Roslee Daud Adun Bukit Besi

Selasa, 13 Mei 2014


Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawatannya yang dihantar pagi tadi setelah mengadakan perjumpaaan tertutup dengan Perdana Menteri DS Najib Razak di Kuala Lumpur.

Beliau juga adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri bagi kouta Dungun. Dia ni tak lulus SPM sekadar menjadi kerani UMNO setelah dia dipecat ada penyelewengan tempat kerjannya.

Baca Lagi...

YB Muhd Pehimi (Jertih), YB Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan YB Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) Mengadap Najib Hari Ini


Menurut sumber tidak rasmi YAB Tan Sri Muhyiddin dijangkakan akan turun ke Kemaman, Terengganu untuk membuat pertemuan dengan YAB DS Ahmad Said bagi mencari jalan penyelesaian.

Mengikut sumber berkenaan sepetutnya ada satu sidang media oleh Ahmad Said pada petang tadi tetapi dibatalkan atas urusan pertemuan ini.

Baca Lagi...

Luahan Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun Pengkalan Berangan


Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun BN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang kesal dan  AMAT SEDIH atas peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Terengganu sekarang ini.

Beliau juga kesal kerana pimpinan negeri tidak diajak berunding dalam proses pelaksanaan pertukaran MB Terengganu yang akhirnya mengakibatkan satu keputusan yang merugikan parti.

Baca Lagi...

Adakah Dun Terengganu akan dibubar??


Mengikut maklumat terkini Adun daripada Umno yang telah keluar dari Umno dan mengistiharkan diri sebagai Adun bebas di Terengganu.

Mereka ialah YB Dato Seri Ahmad Said, MB Terengganu (Dun Kijal), YB Ghazali (Dun Ajil), YB Dato Mat Jidin (Dun Permasuri), YB Ir Rosli (Dun Kemasik), YB Nawi (Dun Hulu Besut) dan YB Roslee Daud (Dun Bukit Besi)


Baca Lagi...

YB Roslee Daud Adun Bukit Besi keluar UMNO, 5 Adun lagi dijangka akan menyusul


Maklumat terkini YB Roslee Daud, Pengerusi Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu telah keluar daripada UMNO dan menjadi Adun Bebas.

Kedudukan kerusi Dun Terengganu sekarang adalah UMNO 14 PAS 14 PKR 1 BEBAS 3.

Baca Lagi...

Seperti Dijangka Ahmad Said Keluar UMNO dan Parah lagi Adun Ajil juga Keluar UMNO!!


Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman  telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Berita sebelum itu Datuk Seri Ahmad Said telah akur untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan perlantikan MB baru dan mengesahkan spekulasi sebelum ini.

Baca Lagi...

PRK Bukit Gelugor: Ahli PAS, Pemikiran UMNO

Sabtu, 10 Mei 2014


Seorang ahli PAS yang juga
ahli perniagaan yang telah bersara, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Baca Lagi...

Harith Iskandar Buat Lawak Bodoh Mengenai Hudud

Jumaat, 9 Mei 2014


Pelaksanaan hudud dilakukan setelah wujudnya kerajaan dan masyarakat yang memahami Islam dari sudut Akidah kerana ia adalah tuntutan yang tidak boleh diabaikan.

Orang Islam nak tak nak mesti merima hudud kerana itu adalah hukum yang Allah nyatakan dengan jelas dalam Al Quran melainkan beberapa bahagian yang menjadi perbahasan ulama.

Baca Lagi...

Betul ke.. Orang Mat Said Warning Najib?

Khamis, 8 Mei 2014


Pergolakan UMNO Terengganu kini makin parah dan kritikal. Orang-orang Datuk Seri Ahmad Said tidak puas hati dengan perkembangan terkini yang dilihat seolah-olah menekan MB untuk melepaskan jawatan MB.

Semalam The Star telah menyiarkan lagi berita yang kononnya proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Baca Lagi...

Hudud, Kenapa Hishamuddin Rais takut sangat?

Selasa, 6 Mei 2014


Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-hati dalam menyebut tetapi kenyataan sinikal dan sangat biadap kepada mereka yang berusaha untuk melaksakan peraturan agama membuatkan saya rasa dia tidak suka dengan hudud.

Melebel dan membuat tohmohan kepada sebahagian kepimpinan PAS yang berusaha untuk melaksankan hudud sebagai golongan yang ghairah untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO suatu yang sangat dangkal. Sepatutnya seorang yang aktivis dan penganalisis politik Hishamuddin sepatutnya tidak emosi dalam membuat telahan politik.

Baca Lagi...

Hudud: Lidah Syaitan Melalui Tulisan Fitnah dan keraguan

Sabtu, 3 Mei 2014


Kita sudah muak dan rimas dengan kenyataan Karpal Singh menentang hudud dengan mencabar langkah mayatnya kerana itu selalu diulang-ulang oleh UMNO kepada kita. Kita sedar dan tahu Karpal itu bukan Islam.. yang mana Allah telah terangkan dalam Al Quran tentang sifat bukan Islam dengan detail.

Kita juga tahu Tun Mahathir sampai tua nak mati pun tak nak hudud. Dia ada pendapat dan dia rasa pendapat dia yang betul.

Baca Lagi...

Siapa anak muda bertopeng yang mencetuskan provokasi? (bersama video)

Khamis, 1 Mei 2014


Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk‎ “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.

Pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku. Seorang daripada mereka mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.

Baca Lagi...

Dulu kata sesat tapi sekarang datang ziarah nak cium tangan!

Isnin, 28 April 2014


Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin telah menziarahi Mantan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kelantan semalam. Yang mengurus kedatangan ini adalah anak beliau Nik Abdul.

Pada 6 April 2013 
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat Kenyataannya disiarkan oleh semua akhbar utama di Malaysia.

Baca Lagi...

Hudud: Media Sosial Bukan Islam Menyerang Dengan Fitnah


‘Even without hudud, non-Muslims are affected’ tulisan Athi Shankar  dalam FreeMalaysiaToday telah memberikan gambaran yang silap terhadap hudud oleh Gerakan national legal and human rights bureau chairman Baljit Singh sedangkan hukuman hudud tidak dikenakan kepada orang bukan Islam. Komen Baljit Singh lebih kepada permasalah undang rumahtangga antara muslim bukan muslim yang perkahwinan terbatal apabila salah seorang masuk Islam.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh NGO Islam supaya bukan Islam boleh hadir ke Mahkamah Syariah. Berkenaan hak penjagaan berbeza dengan hukuman hudud yang dibicarakan.

Baca Lagi...

Obama perkena Nasi Goreng USA


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Aku rasa nasi goreng USA!

Baca Lagi...

Kelemahan kenderaan rasmi Obama, "Cadillac One" (The Beast) di kesan di Malaysia & Isreal !!

Ahad, 27 April 2014


Cadillac One yang dikenali “The Beast” kenderaan rasmi Presiden Obama dikatakan adalah kenderaan terbaik dan paling baik di dunia. Kereta General Motors ini adalah keluaran 2009 dengan spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan dan berciri sebuah kereta kebal menurut media.

Sepanjang lima meter, seberat lapan tan, “The Beast” dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.


Baca Lagi...

Bantahan TPPA & hukuman mati 529 anggota Ikhwan pada acara Obama


Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan pendirian AS berhubung hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir semasa acara presiden AS Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tahniah kepada kumpulan pelajar ini, walaupun sekitar 10 orang siswa mereka berjaya menyatakan pandangan tersebut untuk ditonton seluruh dunia.



Baca Lagi...

Najib buat malu Malaysia tak boleh sebut perkataan “proliferation” (bersama video)


Perdana Menteri Malaysia DS Najib hari ini buat malu dan diketawakan oleh hadiri dihadapan Presiden Barack Obama ketika beruncap sidang media di Seri Perdana, Putrajaya petang tadi. Memang sah "PM kangkung".

Najib yang sukar untuk menyebut perkataan Inggeris “proliferation” dan beberapa kali tapi gagal sehingga Obama membantu "Ia (perkataan) yang susah.  Saya selalu tersilap," bagi nak 'cover' PM kita.


Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan