Blogger UMNO mula menyerang Pakatan Rakyat dalam Isu Kehilangan MH370

Selasa, 11 Mac 2014


Kehilangan kapal terbang MAS MH370 memang cukup misteri dan banyak tenaga pakar dan juga peralatan canggih daripada pelbagai negara digunakan namum tidak membayangkan satu pentunjuk pun. Dalam hal ini kita kena berfikir diluar "kotak kemungkinan". Apa sahaja yang tidak mustahil boleh jadi benar. Ini perlu dilakukan secara cermat tanpa menguris perasaan mereka yang kehilangan sanak saudara dalam kejadian ini.

Tapi malangnya ada penulis UMNO tidak mengambil kira sensitiviti ini dan membuat tuduhan dan andaian yang sangat jahat. Kita faham bila tidak ada pentunjuk kita boleh membuat ramalan dan kemungkinan luar kotak tapi kalau cuba mengaitkan isu kehilangan ini dengan politik satu cara yang tidak betul.

Biarlah pihak penyiasat membuat siasatan kemungkinan yang ada. Bukan siasatan kepada kapten kapal tetapi semua kru, malah penumpang.

Baca Lagi...

Kapal Selam Malaysia: Mana satu yang betul?

Isnin, 10 Mac 2014


Bila dipertikaikan kenapa Malaysia tak hantar kapal selam untuk usaha mencari MH370 didasar laut, ramai macai UMNO @ BN jawab kapal selam Malaysia adalah kapal selam tempur bukan untuk misi mencari dan menyelamat.

Aku rasa macam tak percaya aje? UMNO @ BN ni kalau tak bohong bukan namanya UMNO @ BN. Sebab itu berita-berita di Malaysia banyak kena buat semakan semula, bukan apa takut kena kelentong darat kering.

Baca Lagi...

MH370 menjadi bahan jenaka Facebooker dan blogger


Tajuk entri MH370 telah dijumpai antara bahan jenaka di media sosial. Masyarakat dunia diselubungi kesedihan tetapi tak kurang juga mengambil kesempatan untuk bermain-maian mungkin tidak bermaksud untuk menguris hati tetapi sekadar berjenaka.

Tapi perbuatan ini dilihat tidak sesuai dengan keadaan dan situasi sekarang.


Baca Lagi...

Satu cawangan satu usrah: Mula pimpinan tinggi PAS dulu!



Terbaca satu artikel daripada Ustaz Idris Ahmad pasal usrah boleh dikatakan "kemas keming" dari segi ideanya. Kalau PAS boleh menjadikan satu tabiat rasanya PAS tak macam sekarang selalu "bercakaran pendapat" di akhbar dan media sosial. Kadang kala memalukan diri sendiri.

Muktahir ini ada kesedaran bahawa fikrah kepimpinan macam tak selari daripada yang sepetutnya dan usaha mengadakan usrah kepimpinan telah mulai beberapa tahun akhir ini tetapi tidaklah sekerap yang sepatutnya. Gambar di atas adalah gambar Usrah Majlis Tertinggi PAS Pusat tahun lalu itu pun ada yang ponteng.

Yang datang asyik "main smartphone" pun ada juga. Apa yang diterokai entahlah.. jangan sampai macam ahli parlimen Korean udahlah.

Baca Lagi...

Hishamuddin Hussein tak layak jadi menteri atau pemangku menteri

Ahad, 9 Mac 2014


Saya tak tahu ada apa 'akal' Datuk hishamuddin Hussein ini di pilih sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Banyak kenyataannya cukup mengelirukan dan seolah-olah tak bersedia dengan maklumat dan fakta yang tepat dan jelas.

Pagi tadi Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, terdapat empat penumpang MH370 "disahkan" menggunakan pasport palsu dan perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan.


Baca Lagi...

Ultraman: Berita Bernama Membuat Semua Jadi Bengong

Jumaat, 7 Mac 2014


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power' kerana didapati mengandungi unsur-unsur boleh memudaratkan ketenteraman awam. Itu berita yang diterbitkan oleh Bernama. Berita ini dipetik oleh beberapa portal lain termasuk Malaysiakini. Keliru dan banyak pentafsiran dibuat.

Ultraman hero penyelemat dunia sekarang menjadi ancaman awam?? Malaysiakini dengan videokini juga soalah-olah tak faham maksud sebenar.(rujuk di sini)


Baca Lagi...

Kenapa Rafizi Marah Sangat Kepada Khalid?

Khamis, 6 Mac 2014

Rafizi Ramli mengecam Khalid dalam isu air. Dulu kata harga air akan naik, rakyat terbeban. Kemudian Perjanjian air ini kononnya tidak menjaga kepentingan rakyat, Kecaman ini dilihat tidak sihat untuk PRK kajang tapi Anwar Ibrahim memberikan 'lampu hijau' dalam kenyataannya PKR tidak akan meminta sebarang pemimpin parti itu menutup mulut berkenaan isu penstrukturan semula air.

TSKI dalam kenyataan menyebut perjanjian air di tidak dimaklumkan kerana tidak mahu campur tangan dalam menentu harga.

Kita kena tahu Perjanjian Air Selangor bukan sahaja melibatkan Kerajaan Selangor dengan Persekutuan tetapi melibatkan entiti lain seperti Splash, Abbas, Puncak Niaga dan Syabas. Setengahnya memang GLC kerajaan negeri (KDEB) ada stake, Gamuda, selain dari individu seperti Tan Sri Wan Azmi menerusi Sweet Water Alliance (30% dalam Splash) dan juga Tan Sri Rozali menerusi Syabas.


Baca Lagi...

Bomoh Dah Ramal: Pemimpin AMK setuju tak terus saman Hadi

Rabu, 5 Mac 2014


"Tahi nah" kerana misi dan visi saman telah berjaya mencapai matlamat. Dah sampai misi 'permainan' kira games over. Bomoh politik pun tahu visi dan misi tersebut. Baca artikel saya berkenaan perkara ini dalam tajuk "Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS??" di sini.

Tulisan ini adalah berkenaan dengan artikel di bawah. (Gambar di atas adalah Abdul Rahman Yusof Setpol Anwar Ibrahim juga merupakan AMK Kemaman, Terengganu pada dasarnya tak ada kaitan...)


Baca Lagi...

Suspek Buang Al-Quran Di Masjid Limbongan Dikenalpasti

Seorang lelaki 28 tahun telah ditangkap malam tadi di Kampung Pengkalan Teras, Keluang. Lelaki ini mengaku telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Lelaki ini ditangkap setelah mendapat maklumat daripada pihak hospital yang mendapati seorang pesakit yang dihantar oleh sepupunya kerana kecenderaan dikaki akibat terkena serpihan kaca. Setelah didesak ia mengaku membuat perbuatan seperti yang dilaporkan.



Baca Lagi...

Nyamuk Toxorhynchites Berjaya Turunkan Bilangan Kes Denggi


Mengikut laporan Astro Awani penggunaan Nyamuk Toxorhynchites atau ‘nyamuk gajah’ untuk membasmi wabak denggi telah menunjukkan hasil yang positif.

Satu 'penurunan ketara' kes demam denggi telah dilaporkan di tapak kajian pertama untuk inovasi kawalan pembiakan Aedes ini, menurut Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).


Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan