Artikel fitnah, Raja Petra diperintah bayar ganti rugi

Khamis, 10 Februari 2011

Sumber Malaysiakini

azlan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga artikel yang disiarkan oleh penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin terhadap peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berunsur fitnah.

Sehubungan itu, hakim Datuk John Louis O'Hara memerintahkan supaya ganti rugi yang patut dibayar oleh defenden ditaksirkan.

Beliau berkata jumlah bayaran ganti rugi akan dinilai Timbalan Pendaftar kelak dan membenarkan kos guaman RM5,000 kepada peguam S Ravindran, yang mewakili Muhammad Shafee.

Baca Lagi...

Hari Kekasih: Syor Nasrudin pendirian peribadi bukannya PAS, kata Khalid

Oleh Adib Zalkapli

SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.

“Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan.

“Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih,” katanya.

Baca Lagi...

Umno Jangka Pas Akan Bertindak 'Luar Biasa' Mahu Rampas Kerusi Merlimau

Rabu, 9 Februari 2011

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Umno sedia berhadapan dengan PAS yang dijangka akan menggerakkan jenteranya habis-habisan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selepas beberapa siri kekalahan PAS menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil sebelum ini, parti itu pastinya akan bertindak 'luar biasa' untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.

"Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Bagaimanapun kita tidak gentar dan sedia memberi saingan kepada PAS," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang bersetuju agar PAS mewakili pakatan pembangkang itu di Merlimau.


Baca Lagi...

Penduduk Mesir kembali protes

KAHERAH 8 Feb. – Beribu-ribu penunjuk perasaan kembali memenuhi Dataran Tahrir hari ini, kebanyakan mereka merupakan muka baru dan bertenaga bagi mendesak Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan masuk hari ke-15 setelah dataran itu lengang seketika minggu lalu.

Penunjuk perasaan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kerana mendakwa media kerajaan menipu berhubung perletakan jawatan presiden tersebut.

Perhimpunan hari ini dilihat lebih besar berbanding hari-hari sebelumnya dengan ruang kosong di Dataran Tahrir dipenuhi dengan penunjuk perasaan dengan begitu cepat, menyertai sebahagian rakan-rakan mereka yang berkampung di dataran itu sebelum ini.

Baca Lagi...

SPR Pamer Daftar Pemilih Baru Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010 mulai Rabu hingga 15 Feb di 1,006 tempat pameran di seluruh negara.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (476 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (104 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (156 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (51 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (174 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).

Baca Lagi...

Khalid Samad akui tersalah hantar Twitter

SHAH ALAM 8 Feb. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui beliau tersalah menghantar mesej melalui laman interaksi sosial, Twitter, Khamis lalu yang memberikan maksud bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membela pembunuh Teoh Beng Hock.

Sebaliknya, beliau berkata, apa yang ingin dimaksudkan adalah pembela pembunuh Beng Hock dan bukan seperti pesanan dalam Twitternya yang berbunyi 'pm bela'.

"Pendirian saya tetap menyatakan saya membetulkan pesanan Twitter tersebut yang pada awalnya berlaku kesalahan dalam ejaan.

"Pembela boleh jadi sesiapa sahaja dan saya tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Baca Lagi...

Bukan semua produk logo halal adalah halal

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Pengguna Islam perlu lebih prihatin semasa memilih produk makanan, minuman dan barangan kegunaan harian lain kerana bukan semua produk yang memiliki logo halal berada di bawah pemantauan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Zainal Abidin Jaffar berkata, bidang kuasa jabatan itu selaku pengeluar pengurusan pensijilan halal hanya terhad dalam usaha memantau aktiviti para pemegang sijil pengesahan halal Malaysia.

“Ini sekali gus menjelaskan peranan Jakim hanya terbatas kepada pemegang sijil halal yang sah sahaja.

“Manakala bagi produk yang tidak berdaftar dan didapati menggunakan logo halal palsu atau ‘ciplak’, penguatkuasaannya hanya boleh dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 1972,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Baca Lagi...

Khusrin: Umno Pentingkan Politik, Ketepi Rakyat

Khamis, 30 Disember 2010

Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

Baca Lagi...

DUN Tenang: Jangan berkempen sekarang, amaran SPR. Biar BN sahaja kempen!!!

Rabu, 29 Disember 2010

JOHOR BAHARU, 29 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Januari depan.
Pengarah SPR Johor Othman Noh berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang,” katanya pada sidang media di sini.

Baca Lagi...

100 hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muhyiddin ketinggalan

Oleh Faekah Husin
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila beliau membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan.  Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.

Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikian walau sedikit kecewa kerana orang No. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir Negara.  Ini menunjukkan UMNO-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.
 
Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan