Rabu, 8 Disember 2010
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada Rabu mengesahkan perletakan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri dalam sepucuk surat yang difakskan ke pejabat Speaker, Teng Chang Khim.
Surat perletakan jawatan itu dikirimkan ke pejabat Teng pada lebih kurang jam 11.20 pagi tadi. Salinan yang sama dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan perhubungan Ummno Selangor.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan kepada para wartawan bahawa pihak pendakwa raya meletakkan nilai jaminan yang tinggi ke atas Khir kerana beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat.
"Beliau adalah seorang yang ada kedudukan dalam masyarakat dan menyandang jawatan yang tinggi dalam institusi sebab itulah pihak pendakwa meletakkan jumlah yang tinggi sebagai wang jaminan dalam kes beliau," kata Gani kepada para wartawan ketika ditemui selepas perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Rabu.
Ketika Khir didakwa di mahkamah Isnin lalu, pihak pendakwa raya telah memohon mahkamah mengenakan RM1 juta sebagai wang jaminan.
Bagaimanapun setelah mendengar hujah daripada pihak pembelaan, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Khir dengan wang jaminan sebanyak RM750,000.
Khir, 45, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Panjang telah didakwa membeli dua plot tanah di Seksyen 7 Shah Alam untuk membina sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007 pada harga RM3.5 juta iaitu di bawah paras harga pasaran atau semasa sedangkan Ditamas dikatakan telah membeli tanah tersebut pada harga RM6.5 juta pada Disember 2004.
Khir berhadapan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda jika didapati bersalah.
TEMA Kali ini...
CBox
WAKTU SOLAT
Masih dalam pembinaan
Berita Harian: Mutakhir
TranungKite Online (TKO)
Detikdaily
Selatan Online
Berita Harian: Dunia
Berita & Akhbar
TKO Geng
WebBlog
Archives
-
▼
2010
(256)
-
▼
Disember
(13)
- Khusrin: Umno Pentingkan Politik, Ketepi Rakyat
- DUN Tenang: Jangan berkempen sekarang, amaran SPR....
- 100 hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muh...
- 1Malaysia: Pakatan bukan takut tapi muak…
- SUK : Menteri Besar Tidak Dimaklum Perlantikan Khu...
- Resolusi 100 Hari Hanya Dilaksana Pabila Pembangka...
- UMNO kecam DAP, anak UMNO masuk DAP
- Bini Baru Penyangak Merompak Harta Rakyat Serawak
- Kalau Tun Mahathir pun kata ada orang kaut untung....
- Masih sihat lagi rupanya Ibrahim Ali
- Berapa harga Speaker Dewan jika mahu dibeli?
- Inilah sebab blogger pro-kerajaan menguasai hit di...
- Sandiwara baru untuk tutup isu kenaikan harga barang
-
▼
Disember
(13)
Tops Mingguan
- Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
- Tempoh bertenang: Semua parti politik wajar beri sokongan
- Sekurang-Kurangnya Lima Restoran Ditutup Gagal Tepati Tahap Kebersihan
- Hosni Mubarak Terselamat Pelbagai Cubaan Bunuh Tetapi Tersungkur Di Tangan Rakyatnya
- Penduduk Mesir kembali protes
- Saya Hanya Menyuarakan Pendapat - Ibrahim
- Susilo Bambang bertemu Najib hari ini, kes Zainuddin Maidin menghina..
- Sekatan Facebook, YouTube ditarik balik
- Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar
- Maut dalam lubang najis
Tops Bulanan
-
Peraturan Islam perlukan penguatkuasaan. Penguatkuasaan perlukan kepada undang-undang. - Nabila KUANTAN: Pelajar berusia 16 tahun adalah an...
-
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9 Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
-
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak neg...
-
Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-...
-
KUALA LUMPUR 5 Sept . - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Da...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Pemimpin pembangkang Israel Shaul Mofaz berkata, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu berupaya menggulingkan pemerintahan Presiden Amerika Bar...
-
Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang...
-
Orang tanya saya kenapa Najib tak suka Ahmad Said? Kenapa Najib boleh Razif yang hanya menang kerana undi KEM Tentera di Seberang Takir? ...
-
Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat A...
Tops Keseluruhan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman ...
-
Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi m...
-
Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the W...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila mak...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawata...
-
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan mem...



0 comments:
Catat Ulasan