Selasa, 28 Disember 2010
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mengiktiraf slogan 1Malaysia kerana mendakwa ianya memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri itu.
Malah, setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin berkata, Pakatan bukannya takut, tetapi sebaliknya muak dengan “slogan hipokrasi” BN yang didakwa menciplak logo politik dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini.
NONESehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam.
“Kerajaan negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya.
“Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini,” katanya.
Faekah mengulas kenyataan Timbala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mendakwa kerajaan Selangor takut slogan 1Malaysia tersebut digunakan di semua papan tanda di negeri itu.
Muhyiddin dilaporkan berkata, visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu semakin popular di kalangan rakyat dan menakutkan pembangkang.
Dalam satu kenyataannya, Faekah berkata, ia merupakan satu slogan politik BN yang pada pendapatnya “mana-mana ahli politik yang waras akan menyetujui bahawa ia tidak harus disokong oleh badan-badan kerajaan negeri Pakatan”.
“Bukan sahaja ini adalah keputusan politik, namun ini adalah keputusan yang perlu melihat situasi politik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
“Pakatan Rakyat Selangor tidak mengharapkan kerajaan persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
“Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan,” katanya.
Menurutnya, meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya adalah wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan satu slogan tersebut.
Faekah berkata, rakyat Malaysia khusus di negeri itu, harus memahami bahawa slogan 1Malaysia telah “menghukum tanpa bicara” Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan.
“Slogan ini jugalah yang menggantung tiga ahli parlimen Pakatan dan mengakibatkan ratusan ribu rakyat yang mereka wakili tidak mendapat hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Slogan inilah yang menghalang suara mereka di bawa ke Parlimen,” tegas Faekah yang juga seorang peguam.
Faekah mendakwa Umno yang kian terdesak dengan tekanan penolakan terhadap politik perkauman, cuba menjadikan slogan tersebut sebagai sandaran mendapat sokongan.
Katanya, hujah kononnya 1Malaysia menyokong semangat muhibbah adalah “begitu rapuh dan dangkal sekali”.
“Parti-parti komponen BN sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran Umno-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun.
“Dua pimpinan tertinggi Umno juga keliru dengan pendekatan yang terbaik. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memperkenalkan 1Malaysia manakala Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tanpa segan mencabulinya dengan memperjuangkan ‘Melayu Dahulu’,” kata Faekah.
Dakwanya, konfrantasi ini yang sebenarnya telah meracuni fikiran setiap peringkat pimpinan BN yang seterusnya meracuni minda rakyat dan mewujudkan perasaan tidak selesa antara kaum.
“Terpulang kepada Tan Sri Muhyidin jika mahu memikirkan bahawa Pakatan Selangor takut dengan slogan tersebut.
“Namun, tidak keterlaluan jika saya katakan slogan ini adalah topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara yang berterusan,” katanya.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/151645
TEMA Kali ini...
CBox
WAKTU SOLAT
Masih dalam pembinaan
Berita Harian: Mutakhir
TranungKite Online (TKO)
Detikdaily
Selatan Online
Berita Harian: Dunia
Berita & Akhbar
TKO Geng
WebBlog
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Archives
-
▼
2010
(256)
-
▼
Disember
(13)
- Khusrin: Umno Pentingkan Politik, Ketepi Rakyat
- DUN Tenang: Jangan berkempen sekarang, amaran SPR....
- 100 hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muh...
- 1Malaysia: Pakatan bukan takut tapi muak…
- SUK : Menteri Besar Tidak Dimaklum Perlantikan Khu...
- Resolusi 100 Hari Hanya Dilaksana Pabila Pembangka...
- UMNO kecam DAP, anak UMNO masuk DAP
- Bini Baru Penyangak Merompak Harta Rakyat Serawak
- Kalau Tun Mahathir pun kata ada orang kaut untung....
- Masih sihat lagi rupanya Ibrahim Ali
- Berapa harga Speaker Dewan jika mahu dibeli?
- Inilah sebab blogger pro-kerajaan menguasai hit di...
- Sandiwara baru untuk tutup isu kenaikan harga barang
-
▼
Disember
(13)
Tops Mingguan
- Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
- Tempoh bertenang: Semua parti politik wajar beri sokongan
- Sekurang-Kurangnya Lima Restoran Ditutup Gagal Tepati Tahap Kebersihan
- Hosni Mubarak Terselamat Pelbagai Cubaan Bunuh Tetapi Tersungkur Di Tangan Rakyatnya
- Penduduk Mesir kembali protes
- Saya Hanya Menyuarakan Pendapat - Ibrahim
- Susilo Bambang bertemu Najib hari ini, kes Zainuddin Maidin menghina..
- Sekatan Facebook, YouTube ditarik balik
- Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar
- Maut dalam lubang najis
Tops Bulanan
-
Peraturan Islam perlukan penguatkuasaan. Penguatkuasaan perlukan kepada undang-undang. - Nabila KUANTAN: Pelajar berusia 16 tahun adalah an...
-
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9 Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
-
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak neg...
-
Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia lebih berhati-...
-
KUALA LUMPUR 5 Sept . - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Da...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Pemimpin pembangkang Israel Shaul Mofaz berkata, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu berupaya menggulingkan pemerintahan Presiden Amerika Bar...
-
Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang...
-
Orang tanya saya kenapa Najib tak suka Ahmad Said? Kenapa Najib boleh Razif yang hanya menang kerana undi KEM Tentera di Seberang Takir? ...
-
Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat A...
Tops Keseluruhan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman ...
-
Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi m...
-
Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the W...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila mak...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawata...
-
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan mem...



0 comments:
Catat Ulasan