Halang Anwar ke luar negara

Ahad, 13 Februari 2011

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.

Ummi Hafilda Ali berkata, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada Anwar untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah untuk mendapatkan simpati daripada negara lain.

"Kenapa wujud pilih kasih? Anwar dibiarkan sesuka hati keluar masuk negara ini dan memberi ceramah sedangkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dihalang daripada membuat sebarang kenyataan?

Baca Lagi...

Lebih 600 banduan lari dari penjara Kaherah

KAHERAH 13 Feb. - Lebih kurang 600 orang banduan melepaskan diri dari penjara di Kaherah selepas rusuhan berlaku, hari ini.

Menurut pegawai keselamatan, beberapa orang terbunuh dan cedera ketika banduan-banduan tersebut membuat rusuhan dan orang yang tidak dikenali di luar Penjara Marg menembak kearah pengawal.

Baca Lagi...

Zaid Rancang Bertanding Kerusi Parlimen Di Kawasan Petaling Jaya

Sabtu, 12 Februari 2011


PETALING JAYA: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim mungkin bertanding kerusi parlimen dalam salah satu kawasan di Petaling Jaya pada pilihan raya umum akan datang dan berharap pengundi bandar akan memberi peluang kepadanya untuk bersuara di parlimen.

“Saya mungkin akan bertanding di kawasan Petaling Jaya dan saya berpendapat saya mempunyai peluang di kawasan bandar walaupun pilihan raya umum akan datang tidak mungkin menyaksikan tsunami politik seperti tahun 2008," katanya.

Zaid berkata, dia lebih gemar bertanding menentang PKR memandangkan parti itu sekarang sedang berada dalam keadaan kucar-kacir.

“Bagaimanapun kita tidak mensasarkan semua kerusi yang ditandingi oleh PKR," katanya lagi.
Kita juga, kata Zaid dalam proses mengenalpasti lain-lain kerusi yang 'mampu dimenangi' di Selangor, Wilayah Persekutuan and Perak.

Baca Lagi...

Hosni Mubarak Terselamat Pelbagai Cubaan Bunuh Tetapi Tersungkur Di Tangan Rakyatnya

KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak telah terselamat daripada 10 percubaan membunuhnya dan pada usia 82 tahun beliau masih enggan turun daripada ‘takhta’ yang disandangnya sejak 30 tahun yang lalu sehinggalah semalam (Jumaat) beliau akur dengan kuasa dan kehendak rakyatnya sendiri.
Hanya beberapa hari yang lalu, Hosni masih mahu bertahan di tampuk pemerintahan dan enggan tunduk kepada tekanan rakyat yang berhimpun tanpa henti di Medan Tahrir.

Tetapi selepas berunding dengan pihak tentera dan partinya sendiri, Hosni pada Jumaat membuat keputusan yang paling tidak disangka iaitu melepaskan jawatannya dan menyerahkan kuasa mentadbir negara kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang suatu ketika dahulu beliau terajui.

Baca Lagi...

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Diperluas Ke Pasar Tani

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperluaskan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ke pasar-pasar tani seluruh negara mulai April ini, dengan Putrajaya dijadikan sebagai perintis.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata sebelum kempen itu dilaksana, kementerian terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit, terutama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

"Kita juga akan mengadakan dialog dengan peniaga yang terlibat bagi memberi penerangan mengenai kempen itu serta mendapatkan maklum balas daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan baru pasar mini 99 Speedmart di sini pada Sabtu.

Baca Lagi...

Tekanan bagi singkirkan Ronnie Liu

Jumaat, 11 Februari 2011

Oleh Regina Lee

Ura-ura exco kerajaan negeri Selangor akan dirombak semakin kuat didengar dengan nama ADUN Dap, Ronnie Liu berada di tempat teratas.

Menurut sumber beberapa ahli kelab penyokong Pakatan Rakyat sedang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggugurkan exco itu ataupun setidak-tidaknya menukarkan portfolionya.
Baca Lagi...

Raja Petra diperintah bayar ganti rugi

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Raja Petra Kamaruddin (gambar) membayar ganti rugi setelah tiga artikel yang disiarkan pengendali laman web Malaysia Today itu didapati memfitnah peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan demikian setelah memutuskan bahawa Raja Petra juga bertanggungjawab atas penerbitan ketiga-tiga artikel tersebut.

Jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Raja Petra akan ditaksirkan kemudian oleh timbalan pendaftar.
Di samping itu, mahkamah turut mengarahkan Raja Petra yang diwakili peguam Jadadish Chandra dan Amarjit Singh membayar kos guaman RM5,000.

Baca Lagi...

Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar

Khamis, 10 Februari 2011

NONEJika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.



Baca Lagi...

Sekatan Facebook, YouTube ditarik balik

BEIRUT - Pengguna internet di Syria menyatakan mereka boleh melayari ke laman sosial :Facebook: dan :YouTube: buat pertama kali selepas tiga tahun berikutan keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan terhadap kedua-dua laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pusat Kebebasan Suara Media Syria, Mazen Darwish berkata, pengesahan perkara itu belum dilakukan secara rasmi.

Tindakan melonggarkan sekatan itu diambil susulan kemelut yang melanda Mesir dan Tunisia.

Baca Lagi...

Parlimen Mesir dikepung

KAHERAH 9 Feb. - Beratus-ratus penunjuk perasaan bertindak mengepung bangunan Parlimen Mesir di sini hari ini sebagai sebahagian daripada kempen mereka untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun.

Tiada sebarang keganasan berlaku kerana penunjuk perasaan hanya melancarkan 'mogok duduk' bagi mengepung Dewan Rendah di bangunan itu, seperti yang dilakukan oleh penunjuk perasaan lain di Dataran Tahrir, walaupun bangunan itu dikawal pasukan tentera dengan dibantu kenderaan perisai.

Penunjuk perasaan terus memperhebatkan kempen mereka hari ini yang masuk hari ke-16, setelah ia reda seketika pada minggu lalu.

Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan