Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila beliau membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan. Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikian walau sedikit kecewa kerana orang No. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir Negara. Ini menunjukkan UMNO-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.









