Shafie Afdal liat bayar hutang.. janji tak tepati

Jumaat, 8 Mac 2013

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan UMNO kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori Presiden UMNO.

 

Peniaga Bumiputera, En.Karim Ahmad, mendedahkan bahawa Shafie Apdal telah pun berhutang dengan syarikatnya Hazrim Sukanika pada 1994 sejumlah RM12,600 ketika diminta membekalkan alat binaan dan alat pejabat kepada Pejabat UMNO Semporna. "Sehingga kini setelah beberapa kali saya minta, Shafie hanya membayar RM200. Cukup memalukan dan menghina peniaga bumiputera seperti saya," ujar Karim yang kesal kerana UMNO masih mengekalkan pemimpin yang tidak berhati perut berkenaan.

 

Menurut Karim, hutang berkenaan telah diakui sah dan disaksikan oleh Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Hj Sabaani yang ketika itu bertugas sebagai Penyelia KEMAS Daerah Semporna. Walaupun Karim telah memberikan notis tujuh hari bermula 4 Februari 2013 kepada Shafie untuk menjelaskan hutang berkenaan, namun sehingga ke hari ini tidak mendapat sebarang respon dan akan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

 

Kini jumlah hutang Shafie ialah RM31,248 setelah mengambilkira kadar kerugian 8% setahun selama 19 tahun.

 

"Sehubungan itu, saya menyeru agar rakyat Semporna menilai semula sokongan mereka terhadap Shafie kerana tidak bertanggung jawab dan sentiasa menindas peniaga dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan UMNO selama ini," ujar Karim yang kesal kerana menerima nasib yang sama dengan puluhan peniaga lain.- Oleh : ZAHEEDAH KIRAM/Sab/kini

2 comments:

bong dom berkata...

Sila pautan pertukaran dengan saya http://joezuax.blogspot.com/

Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..


Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan