Haron Din tanding PRU13, ketuai Pas Perlis

Selasa, 31 Januari 2012

Oleh KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

KANGAR - Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut-turut sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.


Baca Lagi...

Azizan: Kalau pelajar buat kacau, kena halang

Oleh ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin kepada Sinar Harian.


Baca Lagi...

Aktor terkenal Ireland mula mendekati Islam

Khamis, 26 Januari 2012

Aktor terkenal Ireland Liam Neeson mula berhasrat untuk memeluk agama Islam, setelah menghabiskan pergambaran filem di Turki, lapur The Sun. Beliau yg beragama Kristian Katolik memberitahu akhbar semasa pergambaran nya di Turki ia menjumpai sesuatu yg “cantik dan indah”, laungan azan di Istambul Beagle cukup mengarukan. Beliau berkata: "Terdapat 4,000 masjid di bandar Bandar Turki dan ada yang menakjubkan dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk g menjadi seorang Muslim." Pelakon Ireland ini pernah dicalonkan untuk Oscar, BAFTA dan Anugerah Golden Globe sebelum ini. Beliau juga turut membintangi beberapa peranan yang ketara dalam filem Oskar Schindler dan Michael Collins. Ini bukan kali pertama Neeson bercakap tentang agama. "Aslan melambangkan seorang tokoh seperti Kristus tetapi dia juga melambangkan bagi saya Mohammed, Buddha dan semua pemimpin-pemimpin besar rohani dan nabi-nabi sejak beberapa abad lalu," kata beliau satu ketika dahulu. .. dan sekarang Liam Nesson mula mendekati kefahaman Islam, lapur www.belfasttelegraph.co.uk semalam. Baca Lagi...

Kenyataan keras Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Rabu, 18 Januari 2012

Bekas Menteri Kabinet Persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'. Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi. Baca Lagi...

Bacaan Al Quran dalam kapalterbang Turkish Airline

Jumaat, 13 Januari 2012


Syarikat penerbangan Turki, Turkish Airlines mengumumkan bahwa mereka telah menambahkan satu lagi khidmat layanan baru yang akan diberikan kepadapara penumpang kapalterbang yg menggunakan khidmat syarikat nya, Turkish Airline..
Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular