Ketua Pemuda MIC Kuala Pilah dilarang masuk pejabat nya

Ahad, 7 Oktober 2012

Satish Kumar dua dari kiri

 

Satish Kumar mendakwa dia dimalukan apabila dihalang masuk ke bangunan MIC Negeri Sembilan, kelmarin ketika hadir untuk menyerahkan satu dokumen.

 

Saya menjawat selaku Setiausaha Pemuda MIC negeri dan lebih menghairankan, katanya, larangan tersebut dikatakan arahan daripada Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu. Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.

 

“Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pula untuk pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu. “Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

 

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini. "Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.

 

Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.

 

Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut. "Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.

 

“Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya itu," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Catatan Popular