doa supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian' kata Nasharudin

Rabu, 10 Oktober 2012

DAP hari ini menggesa Nasharudin Mat Isa meminta maaf kerana mendakwa pernah diadakan satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu, antara lain mendoakan supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'.

 

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mendakwa perkara tersebut tidak pernah berlaku. Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran itu bertujuan untuk menyatakan kesyukuran dan sekali gus menyifatkan kenyataan Nasharudin merupakan tuduhan yang berniat jahat yang tidak berasas. Menurutnya, kenyataan Nasharudin akan menggugat kesejahteraan negara dan DAP akan membuat laporan polis di atas tuduhan yang tidak berasas itu.

 

"Kami jemput semua pemimpin PKR dan Pas negeri untuk menghadiri semua majlis kesyukuran, mereka tidak berdoa untuk Malaysia jadi negara Kristian.

 

"Kenyataan Nasharudin itu tidak benar, kami minta dia mohon maaf dan polis mengambil tindakan kenyataan yang berniat jahat dan tak berasas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

 

Dipetik dari satu portal berita tempatan semalam, Nasharudin mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu, menganjurkan doa supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'. Beliau mendakwa majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak awal tahun lalu.

 

Mengulas lanjut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, isu tersebut diserahkan kepada Pas untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas itu.

 

Tambahnya, isu tersebut tidak akan membabitkan Pas kerana isu tersebut bersifat peribadi. - s/h

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan