Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
KUALA PILAH 1 Mac – Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di negeri ini.
Tiga pengikut kanannya, Abdullah Sanusi Othman, 40; Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25; dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.
Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah, semalam.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).
Ketiga-tiga pengikutnya pula didakwa bersubahat dengan Fathul Bari pada tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama.
Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.
Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusemin membenarkan Fathul Bari dibebaskan dengan jaminan RM2,200 bersama dua penjamin di kalangan penjawat awam.
Beliau juga memerintahkan ketiga-tiga pengikut penceramah itu masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM2,000 berserta seorang penjamin di kalangan penjawat awam.
Zainal menetapkan 5 April ini untuk perbicaraan kes tersebut.
Terdahulu, Fathul Bari memohon jaminan dikurangkan di antara RM50 dan RM100 dengan alasan dia masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Fathul Bari yang beralamat di Utan Kandis, Arau, Perlis merupakan lulusan Universiti Madinah dan memperoleh Ijazah Sarjana di Jordan. Dia kini mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di UIAM.
Semalam Fathul Bari bersama tiga pengikut kanannya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang mengajar di hadapan hampir 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah.
Kesemua mereka ditahan pada pukul 11.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk siasatan. Beberapa buku dan peralatan yang digunakan turut dirampas dalam serbuan itu.
- Utusan Malaysia
Baca Lagi...
Berita & Akhbar
-
Penggabungan selesai sebulan9 jam yang lalu
-
Penjelasan SPRM berhubung kematian pegawai kastamSetahun yang lalu
-
Zambry: BN anggap tiada kawasan 'hitam' di PerakSetahun yang lalu
-
Shidee, mentua damai3 tahun yang lalu
Portal
-
Pentadbiran ala-Umno punca PAS kalah di Kedah5 hari yang lalu
-
Suu Kyi, Anwar dan Wan Azizah11 bulan yang lalu
-
-
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman2 tahun yang lalu
-
Dua Hotel Di Melaka Dapat Anugerah Hotel Terkotor Di Asia3 tahun yang lalu
WebBlog
-
dari Jinjang20 minit yang lalu
-
Nik Abduh Buat Onar Lagi?28 minit yang lalu
-
Timbalan Ketua Pemuda PAS berlagak macam orang tua?48 minit yang lalu
-
-
-
Gaji Taib Mahmud Kini RM39 Ribu3 jam yang lalu
-
Gambar - Ribuan hadir di himpunan 505 di Kedah4 jam yang lalu
-
Penggabungan selesai sebulan9 jam yang lalu
-
-
-
-
WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK21 jam yang lalu
-
Runtuh-runtuh23 jam yang lalu
-
-
Adakah Praktikal Boikot Perniagaan Cina?Sehari yang lalu
-
-
-
Tentera rejim culik 20 rakyat Palestin di Hebron2 hari yang lalu
-
-
Air mata di wad ICU3 hari yang lalu
-
Sedia terus berlawan dan Zahid yang sombong3 hari yang lalu
-
TAHNIAH BN KERANA MENUNAIKAN AKUJANJI DITEPATI3 hari yang lalu
-
Kabinet balas jasa dan kukuhkan sokongan5 hari yang lalu
-
-
KHUTBAH JUMAAT - 17 MEI 2013 M / 7 REJAB 1434 H5 hari yang lalu
-
PRU13:satu analisis...Seminggu yang lalu
-
PATUTLAH BENGAP SANGAT DAN BUSUK HATI!!!...Seminggu yang lalu
-
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIASeminggu yang lalu
-
SAPE IGP BARU? JANGAN SI PEMBODEK SUDAH LAA. KEH! KEH!Seminggu yang lalu
-
BUDAK KAMPUNG ONLINE UPDATE ADDRESSSeminggu yang lalu
-
Kontes Seo Ultrabook Terbaru2 minggu yang lalu
-
-
Kisah lucu pra kempen PRU 134 minggu yang lalu
-
-
Pengarah MTD Sura Mewakili ADUN Sura Serah Sumbangan Kek Hari PolisSebulan yang lalu
-
Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai2 bulan yang lalu
-
-
Arnoud van Doorn accepts Islam2 bulan yang lalu
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!3 bulan yang lalu
-
Kursus Nurul Quran3 bulan yang lalu
-
-
Corporate Health & Wellness Program3 bulan yang lalu
-
BERSAMA RAKYAT - TELOK KEMANG - NEGERI SEMBILAN3 bulan yang lalu
-
Ulama Muda UMNO Fathul Bari kahwin 29 Mei 2012??4 bulan yang lalu
-
Sajak Anak Muda Buat Si Celaka4 bulan yang lalu
-
Letak Haji Hadi dengan Najib sepentas kata Nik Aziz4 bulan yang lalu
-
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat7 bulan yang lalu
-
-
-
MB Azizan serah kedudukan kepada Pas Pusat8 bulan yang lalu
-
AL-FATIHAH TAN SRI HAJI HAMZAH BIN HAJI ABU SAMAH8 bulan yang lalu
-
Sekarang jual monyet pula?9 bulan yang lalu
-
-
PROGRAM “ IHYA’ RAMADHAN KRISK 1433H ”9 bulan yang lalu
-
Lelaki Hilang Semua Jari Kena Jangkitan Tikus10 bulan yang lalu
-
-
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan11 bulan yang lalu
-
ARE YOU READY!!!!!Setahun yang lalu
-
TGHA : Janji Allah pasti tibaSetahun yang lalu
-
Komen Lim Guan Eng..atas Temberang UMNO MamakLayu Penang..Setahun yang lalu
-
Aik, Lembu Felcra pulak.Setahun yang lalu
-
-
Mahkamah Di MalaysiaSetahun yang lalu
-
Lama Betul Tidak MenulisSetahun yang lalu
-
Hakim flip flop dan penyelamat ummahSetahun yang lalu
-
TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBALSetahun yang lalu
-
Harapan baru dalam struktur politik lamaSetahun yang lalu
-
-
Salam ramadhanSetahun yang lalu
-
-
-
Mat Sabu: Harapan Cerah Kita Tawan PutrajayaSetahun yang lalu
-
Saluran jantung alkerohi tersumbat2 tahun yang lalu
-
-
-
Kerja Kosong!2 tahun yang lalu
-
Ayuh HIJRAH....2 tahun yang lalu
-
bantuan banjir.ops dapur kedah|" di alor star2 tahun yang lalu
-
Perasmian Abraj Al-Bait, pencakar langit di Kota Makkah2 tahun yang lalu
-
Ku Li Sedia Jadi Saksi Kelantan Di Mahkamah2 tahun yang lalu
-
MESTI TONTON!: TGHH JAWAB ISU SEMASA3 tahun yang lalu
Anak bekas mufti Perlis didakwa
Zulkifli Noordin Kekal Dalam PKR
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Cakap-cakap bahawa Zulkifli Noordin akan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee beng dan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim keluar parti belum menjadi kenyataan.
Sebaliknya hari ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu memberi jaminan tidak akan menuruti tindakan dua rakannya itu malah akan terus berjuang melawan 'firaun kecil' yang didakwa wujud dalam parti itu.
Menurutnya, beliau akan kekal dalam parti bagi memerangi kumpulan berkenaan dan mempertahankan haknya.
"Saya sejak daripada awal telah menyebut beberapa kali, firaun-firaun kecil ini memang tak sabar nak tunggu saya keluar.
"Mereka bawa banyak tohmahan dan cerita... tapi saya beri jaminan bahawa saya tak akan keluar daripada parti dan saya akan lawan mereka," katanya kepada pemberita selepas menemui lembaga disiplin parti di sinihari ini.
Selain itu Zulkifli juga menafikan beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh wakil rakyat dan pemimpin PKR yang dijangka keluar daripada PKR seperti yang didakwa bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim hari ini.
Berhubung pertemuannya dengan lembaga disiplin parti sebelum itu, Zulkifli berkata, beliau telah membangkitkan lapan isu yang perlu dijawab oleh pihak berkenaan sebelum perbicaraan terhadapnya dijalankan.
Oleh yang demikian pihak lembaga terbabit menangguhkan sehingga Khamis ini bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkannya.
"Jadi Khamis ini saya akan datang semula bagi mengetahui mengenai isu yang saya bawa itu," katanya yang mengakui diberi peluang yang seadilnya oleh pihak lembaga berhubung kesnya itu.
Zulkifli dirujuk ke lembaga disiplin parti berikutan laporan polis yang dibuat beliau terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Menurut Zulkifli, beliau sebelum ini telah menghantar surat kepada pihak lembaga disiplin bertarikh 16, 23 dan 27 Februari lepas bagi membangkitkan mengenai lapan isu berkenaan.
Difahamkan salah satu daripada lapan isu yang dibangkitkan berkenaan ialah beliau mahu anggota lembaga disiplin yang akan mendengar keterangannya mestilah terdiri daripada orang yang beragama Islam.
Bagaimanapun beliau enggan mengesahkan mengenai perkara tersebut.
Mengenai dakwaan yang mengatakan beliau sengaja menggunakan pelbagai alasan supaya PKR mengambil keputusan memecatnya daripada parti, beliau berkata: "Mengapa pula saya nak buat macam itu, saya sendiri boleh pecat diri sendiri jika saya nak."
Dalam pada itu Zulkifli turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyatakan sokongan terhadap Anwar.
"Saya boleh beritahu hubungan dengan Anwar tak ada masalah, malahan saya berpendapat sepatutnya dalam keadaan kritikal seperti ini, kita perlu bergabung tenaga untuk mempertahankan anwar.
"Tapi firaun kecil ini memilih untuk menimbulkan masalah," katanya.
Ditanya sama ada Anwar menyedari kewujudan firaun kecil berkenaan dalam PKR, beliau berkata: "Kadangkala mereka terlalu kecil sehingga tak nampak, tapi yang kecil-kecil ini timbulkan banyak masalah, macam anai-anai."
Sementara itu, ditanya sama ada beliau menerima tawaran daripada mana-mana parti politik untuk menyertai mereka, beliau dengan sinis menyatakan hanya DAP yang berminat dengannya.
"Saya rasa DAP nak saya menyertai mereka, saya dengar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng mahukan saya.
"DAP memang sangat ghairah untuk mendapatkan saya," katanya sinis.
- MStar
Baca Lagi...
Patologi Tidak Dapat Pastikan Sama Ada Beng Hock Dicekik
SHAH ALAM: Seorang ahli patalogi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini yang beliau tidak dapat memastikan sama ada Teoh Beng Hock mengalami asfiksia akibat dicekik atau dijerut.
Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh berkata, asfiksia ialah keadaan di mana berlaku kekurangan teruk bekalan oksigen ke dalam tubuh yang menghalang individu daripada bernafas secara normal.
Katanya beliau tidak dapat memastikan sama ada arteri karotid yang menyalurkan darah beroksigen ke otak, telah ditekan akibat dicekik yang menyebabkan Beng Hock mengalami asfiksia.
Ini kerana arteri karotid telah dipotong dan dikelar semasa bedah siasat pertama, kata Dr Shahidan yang merupakan seorang daripada ahli patologi yang melakukan bedah siasat kedua ke atas Teoh pada 22 Nov tahun lepas.
Semasa diperiksa balas oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor, sama ada laporan bedah siasat pertama itu mendedahkan sebarang penemuan mengenai karotid, katanya "tidak".
Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini, yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Selangor, pada 15 Julai tahun lepas.
Dr Shahidan bersetuju dengan cadangan Malik bahawa jika seseorang itu mengalami gangguan serebrum hipoksia "lembut atau sederhana", keadaan di mana tisu otak tidak mendapat cukup oksigen akibat dicekik, seseorang itu boleh mengalami kekejangan atau malahan pengsan.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak fikir yang kemungkinan Beng Hock telah tidak sedarkan diri, bukan pada tahap mati, selepas dia dicekik atau dijerut pada tahap tertentu.
Katanya adalah juga mungkin lidah Beng Hock boleh diangkat akibat dicekik tetapi tidak bersetuju keadaan lidah yang bengkak seperti dilaporkan dalam bedah siasat kedua itu adalah akibat dicekik.
Beliau juga mempertahankan rumusannya mengenai kecederaan pada leher mangsa kemungkinan besar diakibatkan impak jatuh kerana leher mengalami "hyperflexing" dan "hyperextension" semasa insiden itu.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Malik bahawa kecederaan di leher Beng Hock berlaku kerana dagunya terkena pada lantai terlebih dahulu dan menjejaskan lehernya, berbanding kakinya merupakan anggota tubuhnya yang pertama terkena pada lantai, seperti dilaporkan dalam bedah siasat itu.
Dr Shahidan berkata kecederaan teruk yang dialami mangsa pada bahagian dalam lehernya bukan disebabkan sebarang mekanisme lain tetapi akibat jatuh.
Peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo, turut menyoal Dr Shahidan secara panjang lebar mengenai kecederaan pada leher Teoh.
Beliau mahu tahu kenapa keadaan bengkak pada leher si mati tidak dimasukkan dalam laporan bedah siasat pertama, kenapa tidak disebut mengenai pemotongan pada otot, belakang, kaki dan tapak kaki untuk memastikan Teoh tidak dipukul semasa ditahan, yang menurutnya mencadangkan bahawa para doktor yang melakukan autopsi pertama mungkin telah melakukannya secara tidak telus dan tidak kompeten.
Bagaimanapun, Dr Shahidan berkata dalam laporan bedah siasat yang lepas, para doktor ada menyatakan mereka menemui kesan lelasan pada leher Beng Hock.
Baca Lagi...
Mohammad Fairus Keluar PKR, Sertai Umno
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Menurut beliau keputusan berkenaan dibuat atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat malaysia, saya mengumumkan penyertaan saya dalam umno dan Barisan Nasional (BN).
"Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini malam ini.
Pengumuman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut dibuat selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik tanah air.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.
"Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.
"Tapi bila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan... tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan sedasar itu," katanya.
Pertengahan bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.
Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, beliau sebagai Presiden Umno menerima penyertaan Mohammad Fairus dengan senang hati.
Katanya, beliau menyedari tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno adalah atas dasar prinsip perjuangan dan bukan kerana jawatan.
"Kami terima dengan senang hati kerana saya tahu bahawa Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan dasar (perjuangan), bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran.
Selain itu Najib juga menyatakan keyakinan bahawa Mohammad Fairus mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada Umno.
"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," katanya.
Tambah Najib lagi, tindakan Mohammad Fairus itu membuktikan PKR gagal mempertahankan prinsip untuk memartabatkan agama Islam.
"Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR kerana parti itu gagal mempertahankan apa yang dianggap sebagai soal prinsip.
"Prinsip yang paling penting ialah maruah dan martabat agama Islam, dalam hal ini dia berpendapat PKR gagal berbuat demikian," katanya.
- MStar
Baca Lagi...
