Pramugari MAS memakai tudung?

Rabu, 14 November 2012

Akhirnya pramugari2 EgyptAir memakai tudung bagi pekerja Islam yg menjalankan tugas dan mereka mula memakai tudung bagi kali pertama sejak syarikat penerbangan nasional itu ditubuhkan pada tahun 1932 lalu, kata seorang pegawai syarikat itu hari ini, sepertimana dalam lapuran AFP.

 

Atendan penerbangan adalah mesti berpakaian hijab, Para Ulama arus perdana Mesir yang mengatakan adalah wajib, bagi pekerja penerbangan EgyptAir untuk menutup aurat. Pemakaian tutup aurat itu dimulakan ketika penerbangan ke Jeddah Arab Saudi sabtu lalu.

 

Ketika pemerintahan Presiden Hosni Mubarak dahulu, hijab adalah menjadi pantang bagi pekerja wanita dalam beberapa institusi negera itu seperti televisyen dan syarikat penerbangan nasional.

 

Tetapi selepas pilihan raya Jun lalu, Presiden Islam Mohamed Morsi berkenan supaya wanita di televisyen dan EgyptAir memakai hijab, seperti kebanyakan wanita Islam di Mesir yg lain dan kebenaran itu diluluskan setelah didesak oleh ramai kakitangan.

 

Syarikat itu telah bersetuju untuk membenarkan pramugari untuk memakai tudung selepas kempen dan mogok oleh krew kabin pada bulan September lepas yang juga menuntut gaji yang lebih baik.

 

Seorang pegawai EgyptAir berkata syarikat asing telah diberi kontract untuk reka bentuk topi dan tudung kepada lebihkurang 250 pramugari yang mahu memakai hijab, daripada 900 wanita yang bekerja untuk EgyptAir.

 

Pada bulan September lalu, anchorwoman adalah wanita pertama muncul di televisyen Mesir memakai tudung, yang secara tradisinya meliputi rambut dan leher. Sesetengah wanita lebih liberal memakai tudung untuk menutup rambut mereka sahaja.

 

p/s- Dinegara kita Malaysia ini, bilakah mahu menurut gaya pramugari di negara2 luar sana? Kenapa taknak menobatkan keagungan Islam? Tak malu ke pada pramugari2 Iran, Brunei dan Mesir? Apa apa pun pemerintahlah yg mencorakkan rakyat nya, pencapaian di utamakan! – najaf/hurriyetdailynews

1 comments:

chop berkata...

Mana negara Islam kini ada banyak berubah , Malaysia bila lagi .Allah sayang kepada orang berubah dan bertaubat. Harap saham Mas tak kecundang lagi.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan