Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
KUALA PILAH 1 Mac – Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di negeri ini.
Tiga pengikut kanannya, Abdullah Sanusi Othman, 40; Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25; dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.
Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah, semalam.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).
Ketiga-tiga pengikutnya pula didakwa bersubahat dengan Fathul Bari pada tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama.
Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.
Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusemin membenarkan Fathul Bari dibebaskan dengan jaminan RM2,200 bersama dua penjamin di kalangan penjawat awam.
Beliau juga memerintahkan ketiga-tiga pengikut penceramah itu masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM2,000 berserta seorang penjamin di kalangan penjawat awam.
Zainal menetapkan 5 April ini untuk perbicaraan kes tersebut.
Terdahulu, Fathul Bari memohon jaminan dikurangkan di antara RM50 dan RM100 dengan alasan dia masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Fathul Bari yang beralamat di Utan Kandis, Arau, Perlis merupakan lulusan Universiti Madinah dan memperoleh Ijazah Sarjana di Jordan. Dia kini mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di UIAM.
Semalam Fathul Bari bersama tiga pengikut kanannya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang mengajar di hadapan hampir 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah.
Kesemua mereka ditahan pada pukul 11.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk siasatan. Beberapa buku dan peralatan yang digunakan turut dirampas dalam serbuan itu.
- Utusan Malaysia
Baca Lagi...
TEMA Kali ini...
CBox
WAKTU SOLAT
Berita Harian: Mutakhir
TranungKite Online (TKO)
Detikdaily
Selatan Online
Berita Harian: Dunia
Berita & Akhbar
-
Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri4 tahun yang lalu
-
EAIC siasat kematian tahanan lokap BP Bukit Sentosa7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
TKO Geng
WebBlog
-
-
KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...8 bulan yang lalu
-
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat2 tahun yang lalu
-
Nabila Huda, Awal Ashari Tibai Peguam Wakili Siti Bainun.2 tahun yang lalu
-
Need to Know About the Classic Cars in a Retro Movie?2 tahun yang lalu
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
RUNTUHNYA REGIM PH PADA 29-02-20204 tahun yang lalu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
-
-
-
Jawi, Cina dan DAP5 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
-
Honda Supra GTR150 Punya Baju Baru6 tahun yang lalu
-
-
Pendidikan bukan perkara main main6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN6 tahun yang lalu
-
2018, ISLAM MEMANDU WAWASAN NEGARA MAJU6 tahun yang lalu
-
Menjaga Ahlus Sunnah Wal Jamaah7 tahun yang lalu
-
LAGU ANAK RUSA NANI SEMPENA 31 OGOS 20177 tahun yang lalu
-
Polis Percaya Suspek Masih Berada Di Kedutaan Korea Utara7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Alfa Romeo 4C 20148 tahun yang lalu
-
Hal peribadi8 tahun yang lalu
-
-
-
Indahnya Matahari Terbit di Wisata Gunung Bromo9 tahun yang lalu
-
-
-
LATIHAN SUKAN PASTI CAWANGAN BERMULA LAGI9 tahun yang lalu
-
-
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..9 tahun yang lalu
-
SEDIH......9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
Haji Akbar10 tahun yang lalu
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 tahun yang lalu
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH1710 tahun yang lalu
-
-
Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia10 tahun yang lalu
-
Harga Kubah Masjid10 tahun yang lalu
-
-
Demo Bantahan Terhadap Kassim Ahmad.10 tahun yang lalu
-
-
PRK Kajang dan Konsensus Nasional10 tahun yang lalu
-
KEMBALI AKTIF10 tahun yang lalu
-
Polemik Kalimah ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
KESATUAN MELAYU masih adakah lagi..11 tahun yang lalu
-
75 tahun Utusan Malaysia tapi makin jumud dan rasis11 tahun yang lalu
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai11 tahun yang lalu
-
BUDAK KAMPUNG ONLINE UPDATE ADDRESS11 tahun yang lalu
-
Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai11 tahun yang lalu
-
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!11 tahun yang lalu
-
-
Sajak Anak Muda Buat Si Celaka11 tahun yang lalu
-
ISU AMANAT HAJI HADI11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
-
PROGRAM “ IHYA’ RAMADHAN KRISK 1433H ”12 tahun yang lalu
-
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan12 tahun yang lalu
-
-
ARE YOU READY!!!!!12 tahun yang lalu
-
TGHA : Janji Allah pasti tiba12 tahun yang lalu
-
Komen Lim Guan Eng..atas Temberang UMNO MamakLayu Penang..12 tahun yang lalu
-
Aik, Lembu Felcra pulak.12 tahun yang lalu
-
Lama Betul Tidak Menulis12 tahun yang lalu
-
Hakim flip flop dan penyelamat ummah12 tahun yang lalu
-
-
My Phone13 tahun yang lalu
-
-
-
Mat Sabu: Harapan Cerah Kita Tawan Putrajaya13 tahun yang lalu
-
-
Ayuh HIJRAH....14 tahun yang lalu
-
MARI MENONTON TV ALTERNATIF!14 tahun yang lalu
-
Perasmian Abraj Al-Bait, pencakar langit di Kota Makkah14 tahun yang lalu
-
Ku Li Sedia Jadi Saksi Kelantan Di Mahkamah14 tahun yang lalu
-
Buka kedai tanpa modal15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anak bekas mufti Perlis didakwa
Posted by Nabila Atiqah at 9:17 PG 1 comments
Labels: Berita
Zulkifli Noordin Kekal Dalam PKR
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Cakap-cakap bahawa Zulkifli Noordin akan mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee beng dan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim keluar parti belum menjadi kenyataan.
Sebaliknya hari ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu memberi jaminan tidak akan menuruti tindakan dua rakannya itu malah akan terus berjuang melawan 'firaun kecil' yang didakwa wujud dalam parti itu.
Menurutnya, beliau akan kekal dalam parti bagi memerangi kumpulan berkenaan dan mempertahankan haknya.
"Saya sejak daripada awal telah menyebut beberapa kali, firaun-firaun kecil ini memang tak sabar nak tunggu saya keluar.
"Mereka bawa banyak tohmahan dan cerita... tapi saya beri jaminan bahawa saya tak akan keluar daripada parti dan saya akan lawan mereka," katanya kepada pemberita selepas menemui lembaga disiplin parti di sinihari ini.
Selain itu Zulkifli juga menafikan beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh wakil rakyat dan pemimpin PKR yang dijangka keluar daripada PKR seperti yang didakwa bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim hari ini.
Berhubung pertemuannya dengan lembaga disiplin parti sebelum itu, Zulkifli berkata, beliau telah membangkitkan lapan isu yang perlu dijawab oleh pihak berkenaan sebelum perbicaraan terhadapnya dijalankan.
Oleh yang demikian pihak lembaga terbabit menangguhkan sehingga Khamis ini bagi meneliti isu-isu yang dibangkitkannya.
"Jadi Khamis ini saya akan datang semula bagi mengetahui mengenai isu yang saya bawa itu," katanya yang mengakui diberi peluang yang seadilnya oleh pihak lembaga berhubung kesnya itu.
Zulkifli dirujuk ke lembaga disiplin parti berikutan laporan polis yang dibuat beliau terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Menurut Zulkifli, beliau sebelum ini telah menghantar surat kepada pihak lembaga disiplin bertarikh 16, 23 dan 27 Februari lepas bagi membangkitkan mengenai lapan isu berkenaan.
Difahamkan salah satu daripada lapan isu yang dibangkitkan berkenaan ialah beliau mahu anggota lembaga disiplin yang akan mendengar keterangannya mestilah terdiri daripada orang yang beragama Islam.
Bagaimanapun beliau enggan mengesahkan mengenai perkara tersebut.
Mengenai dakwaan yang mengatakan beliau sengaja menggunakan pelbagai alasan supaya PKR mengambil keputusan memecatnya daripada parti, beliau berkata: "Mengapa pula saya nak buat macam itu, saya sendiri boleh pecat diri sendiri jika saya nak."
Dalam pada itu Zulkifli turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menyatakan sokongan terhadap Anwar.
"Saya boleh beritahu hubungan dengan Anwar tak ada masalah, malahan saya berpendapat sepatutnya dalam keadaan kritikal seperti ini, kita perlu bergabung tenaga untuk mempertahankan anwar.
"Tapi firaun kecil ini memilih untuk menimbulkan masalah," katanya.
Ditanya sama ada Anwar menyedari kewujudan firaun kecil berkenaan dalam PKR, beliau berkata: "Kadangkala mereka terlalu kecil sehingga tak nampak, tapi yang kecil-kecil ini timbulkan banyak masalah, macam anai-anai."
Sementara itu, ditanya sama ada beliau menerima tawaran daripada mana-mana parti politik untuk menyertai mereka, beliau dengan sinis menyatakan hanya DAP yang berminat dengannya.
"Saya rasa DAP nak saya menyertai mereka, saya dengar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng mahukan saya.
"DAP memang sangat ghairah untuk mendapatkan saya," katanya sinis.
- MStar
Baca Lagi...
Posted by Nabila Atiqah at 9:14 PG 0 comments
Labels: Berita
Patologi Tidak Dapat Pastikan Sama Ada Beng Hock Dicekik
SHAH ALAM: Seorang ahli patalogi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini yang beliau tidak dapat memastikan sama ada Teoh Beng Hock mengalami asfiksia akibat dicekik atau dijerut.
Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh berkata, asfiksia ialah keadaan di mana berlaku kekurangan teruk bekalan oksigen ke dalam tubuh yang menghalang individu daripada bernafas secara normal.
Katanya beliau tidak dapat memastikan sama ada arteri karotid yang menyalurkan darah beroksigen ke otak, telah ditekan akibat dicekik yang menyebabkan Beng Hock mengalami asfiksia.
Ini kerana arteri karotid telah dipotong dan dikelar semasa bedah siasat pertama, kata Dr Shahidan yang merupakan seorang daripada ahli patologi yang melakukan bedah siasat kedua ke atas Teoh pada 22 Nov tahun lepas.
Semasa diperiksa balas oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor, sama ada laporan bedah siasat pertama itu mendedahkan sebarang penemuan mengenai karotid, katanya "tidak".
Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini, yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Selangor, pada 15 Julai tahun lepas.
Dr Shahidan bersetuju dengan cadangan Malik bahawa jika seseorang itu mengalami gangguan serebrum hipoksia "lembut atau sederhana", keadaan di mana tisu otak tidak mendapat cukup oksigen akibat dicekik, seseorang itu boleh mengalami kekejangan atau malahan pengsan.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak fikir yang kemungkinan Beng Hock telah tidak sedarkan diri, bukan pada tahap mati, selepas dia dicekik atau dijerut pada tahap tertentu.
Katanya adalah juga mungkin lidah Beng Hock boleh diangkat akibat dicekik tetapi tidak bersetuju keadaan lidah yang bengkak seperti dilaporkan dalam bedah siasat kedua itu adalah akibat dicekik.
Beliau juga mempertahankan rumusannya mengenai kecederaan pada leher mangsa kemungkinan besar diakibatkan impak jatuh kerana leher mengalami "hyperflexing" dan "hyperextension" semasa insiden itu.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Malik bahawa kecederaan di leher Beng Hock berlaku kerana dagunya terkena pada lantai terlebih dahulu dan menjejaskan lehernya, berbanding kakinya merupakan anggota tubuhnya yang pertama terkena pada lantai, seperti dilaporkan dalam bedah siasat itu.
Dr Shahidan berkata kecederaan teruk yang dialami mangsa pada bahagian dalam lehernya bukan disebabkan sebarang mekanisme lain tetapi akibat jatuh.
Peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo, turut menyoal Dr Shahidan secara panjang lebar mengenai kecederaan pada leher Teoh.
Beliau mahu tahu kenapa keadaan bengkak pada leher si mati tidak dimasukkan dalam laporan bedah siasat pertama, kenapa tidak disebut mengenai pemotongan pada otot, belakang, kaki dan tapak kaki untuk memastikan Teoh tidak dipukul semasa ditahan, yang menurutnya mencadangkan bahawa para doktor yang melakukan autopsi pertama mungkin telah melakukannya secara tidak telus dan tidak kompeten.
Bagaimanapun, Dr Shahidan berkata dalam laporan bedah siasat yang lepas, para doktor ada menyatakan mereka menemui kesan lelasan pada leher Beng Hock.
Baca Lagi...
Posted by Nabila Atiqah at 9:11 PG 0 comments
Labels: Berita
Mohammad Fairus Keluar PKR, Sertai Umno
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Menurut beliau keputusan berkenaan dibuat atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat malaysia, saya mengumumkan penyertaan saya dalam umno dan Barisan Nasional (BN).
"Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini malam ini.
Pengumuman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut dibuat selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik tanah air.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.
"Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.
"Tapi bila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan... tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan sedasar itu," katanya.
Pertengahan bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.
Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, beliau sebagai Presiden Umno menerima penyertaan Mohammad Fairus dengan senang hati.
Katanya, beliau menyedari tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno adalah atas dasar prinsip perjuangan dan bukan kerana jawatan.
"Kami terima dengan senang hati kerana saya tahu bahawa Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan dasar (perjuangan), bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran.
Selain itu Najib juga menyatakan keyakinan bahawa Mohammad Fairus mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada Umno.
"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," katanya.
Tambah Najib lagi, tindakan Mohammad Fairus itu membuktikan PKR gagal mempertahankan prinsip untuk memartabatkan agama Islam.
"Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR kerana parti itu gagal mempertahankan apa yang dianggap sebagai soal prinsip.
"Prinsip yang paling penting ialah maruah dan martabat agama Islam, dalam hal ini dia berpendapat PKR gagal berbuat demikian," katanya.
- MStar
Baca Lagi...
Posted by Nabila Atiqah at 6:53 PG 0 comments
Labels: Berita
Tops Mingguan
- Datuk T Mengaku Bersalah & Didenda RM3000
- Terengganu Dijangka Terima Royalti Minyak RM1.6 Bilion Setahun
- YB - jangan tayang body, hodoh
- Belajar kesilapan pembelian DMU
- Minum Arak mabuk tak apa asal jangan berzina! Istilah MAKSIAT baru perempuan MELAYU sekarang!
- Karpal Singh meninggal dalam kemalangan di Tapah (bersama video)
- Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai tidak guna dana negeri
- Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??
- Seperti Dijangka Ahmad Said Keluar UMNO dan Parah lagi Adun Ajil juga Keluar UMNO!!
- Perjanjian Sulit Ketenteraan Malaysia Dengan Amerika??
Tops Bulanan
-
Oleh SALWA SHA'ARI KUALA LUMPUR Trio Datuk T yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melibatka...
-
Oleh Juita musa “Wanita adalah perangkap syaitan” . Kalimah seorang sufi, iaitu Basyir Al-Hafi di dalam kitab Kasyful Khafa, menggambark...
-
YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, ...
-
Seorang ahli PAS yang juga ahli perniagaan yang telah bersara , Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertandi...
-
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Terengganu dijangka memperoleh royalti minyak sekitar RM1.6 bilion setahun selepas memeterai perjanjian denga...
-
KUANTAN – Tiba sahaja 14 Februari, pastinya ramai pasangan muda yang sedang bercinta mengimpikan hadiah istimewa daripada pasangan mereka. ...
-
Siapa tak kena Najib Razak, kaki bohong 1Malaysia. Cakap-cakapnya kalau tak bohong mesti "pelawok" (bahasa Trg..) Dulu kata petr...
-
JOHOR BAHARU, 29 Dis — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang b...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
Tops Keseluruhan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman ...
-
Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi m...
-
Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the W...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila mak...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawata...
-
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan mem...