Malaysiaku: Nak Tembak Penceroboh Pun Kena Minta Kebenaran

Selasa, 15 Julai 2014


Kita dimaklumakan bahawa penceroboh tidak boleh ditembak. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Panglima Tentera Laut Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Ini prosedur katanya...

Tapi bagaimana polis boleh sewenang-wenangnya menembak para peserta demo aman di Batu Burok, Terengganu 8 September 2007? Ini ikut prosedur atau tidak? Malaysia di bawah UMNO dan BN semuanya kelam kabut dan bangang!!

Ulasan ini adalah berbadasarkan berita di bawah:-
Pasukan keselamatan diberi kuasa tembak penceroboh, kata Zahid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.

Mengulas lanjut, Zahid berkata penceroboh menghubungi pihak berkuasa pagi tadi untuk memaklumkan anggota polis yang diculik itu dalam keadaan selamat, namun soal wang tebusan tidak disebut.


Mengenai pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) diteliti semula, Zahid berkata beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia.

"Kita juga harus lebih proaktif, tidak boleh tunggu mereka menyerang baru nak ambil tindakan. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas," katanya.

Zahid berkata semua pasukan keselamatan di perairan timur Sabah juga sudah diarahkan agar lebih berwaspada.

"Kerajaan juga berharap nelayan, pemilik bot dan penduduk di perkampungan air bekerjasama dengan pihak berkuasa. Penceroboh tidak ada hasrat menghormati atau patuh undang-undang kita dan sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur soal keselamatan negara dengan kumpulan ini," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dua anggota polis terbabit.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik. – Bernama, 14 Julai, 2014.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

5 comments:

GEBU berkata...

Buang masa aje dengar kenyataan dari menteri yg tak ada akal. Ada lebih baik letak jawatan dan duduk kat kampong senyap2.

mansor berkata...

ngak abis2 bangang Malaysia ni....

Tanpa Nama berkata...

Malangnya negaraku diperintah oleh orang2 bodoh tengin.

Tanpa Nama berkata...

satu-satu keburukan kerajaan yg dipimpin oleh orang bodoh,kenapa mahu tunggu rakyaat dan anggota keselamatan mati katak baru sedarkan

azlanaini berkata...

Kalau berlaku kesilapan menembak.. Gang pembangang juga yang bisinv bising kem7dian buat tuduhan membabi buta..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan